Seharian saya bertapa di Seksyen 7, Bangi untuk belajar
mengemaskini laman sesawang yang saya kira sudahpun bersawang. Sudah agak lama
saya daftarkan website rasmi Afandi Othman Resources. Kira-kira
hujung tahun 2013. Website ini saya wujudkan
untuk memudahkan pengguna dapat mengetahui perkembangan kami dan mereka boleh
mendapat pelbagai maklumat tentang produk kami dari semasa ke semasa.
Untuk muqaddimah, kami peserta bengkel dibentangkan video
berdurasi lima minit yang menceritakan tentang kuasa online marketing. Satu
platform baru dalam perniagaan yang perlu diperhalusi dan dioptimumkan
peranannya. Selepas itu, kami diajar untuk mengemaskini website menggunakan Content
Management System (CMS). Satu perisian yang memudahkan pengusaha website untuk menguruskan online marketing mereka.
Sebagai contoh, kita boleh melihat statistik dan graf
perniagaan yang dijana secara automatik melalui data-data pelanggan yang
melakukan pembelian melalui website.
Dari situ, mudah untuk kita mendapat gambaran tentang status perkembangan
perniagaan kita. Satu perkara yang sangat penting bagi seorang usahawan.
Selain itu, CMS ini juga memberi kelebihan kepada anda
sebagai pengguna. Ada fungsi Shopping
Cart yang mesra pengguna. Pengguna juga dapat menggunakan kod-kod voucher atau coupon yang diberikan oleh peniaga. Ada juga coupon dan free gift
mengikut tema seperti hari jadi, musim perayaan dan sebagainya. Anda boleh
memberikan free gift kepada kenalan
anda sempena hari jadi mereka. Sangat menarik
.
Sebenarnya, banyak yang perlu ditambah dan diperhalusi dalam
website tersebut. Namun, saya perlu
siapkan perkara yang asas dahulu seperti produk dan capaian-capaian yang dapat
memudahkan pengunjung website.
Selesaikan dahulu maklumat-maklumat asas supaya pengunjung tahu tentang hala
tuju website ini.
Mujur cikgu yang mengajar dapat menyampaikan dalam bahasa
yang mudah. Tidak perlu istilah-istilah fancy
dalam online marketing. Dapatlah orang macam saya yang tiada asas dalam
pembinaan laman web memantau
perkembangan bisnes secara atas talian.
Semoga dengan wujudnya laman web rasmi Afandi Othman Resources, perniagaan
yang saya jalankan dapat berkembang dan boleh memberi tambah nilai serta
manfaat kepada manusia lain.
0 comments:
Post a Comment