Aku yang silap.
Aku menerka masa akan menyembuhkan segalanya. Mungkin ku
rasakan itu yang terbaik buatku pada waktu itu. Waktu di mana aku diuji masalah
hidup. Aku merasakan hidup ini hanya berkisar tentang diriku. Tanpa aku sedar,
ada hati yang aku dah lukakan. Fikirku hanya akan bertemu kau bila aku dah berjaya
keluar dari masalah ini. Supaya kau tak turut sama terpalit. Mungkin bagi kau
masalah aku tidaklah besar. Namun aku percaya. Ujian itu walaupun sama pada
pandangan kasar, tapi impaknya berbeza bagi siapa yang mengalami.
Aku yang silap.
Aku menerka bila aku senyap menghilang kau akan faham. Aku tak
mahu kau melihat aku dalam keserabutan. Aku hanya ingin kau mengenang perkara
yang indah bila melihatku. Bukan seorang lelaki lemah yang kalah. Lantas aku memilih
perniagaan sebagai escapism. Masakan aku sanggup tinggalkan pelajaran yang
telah lama aku usahakan. Aku bukan pelajar yang bermasalah dalam akademik. Kau pun
tahu.
Hanya aku yang perlu derita. Harapannya agar kau sentiasa
ketawa. Aku sentiasa melihat perkembangan melalui tulisan-tulisan yang kau
nukilkan di blog. Satu posting kau di
penghujung 2012 sudah cukup meyakinkanku. Kau sudah bertemu penggantiku yang
paling layak.
Aku tumpang gembira
namun aku tidak mampu untuk menzahirkannya. Aku bukan seorang yang pandai
menyusun ayat dan ekspresi. Cukuplah dengan tulisan ini yang akan ku zahirkan
pada kau bila aku sudah cukup kuat. Aku ini hatinya keras. Beruntung kau tidak
lagi bersamaku.
Aku senang melihat kau bahagia. Bagaikan satu beban berat
diangkat dari pundakku. Sekurangya aku tahu satu hati telah kembali sembuh,
walaupun aku sedar kaca yang pecah mustahil untuk dicantum kembali.
Biarlah lagu Lara Hati lantunan Katon Bagaskara yang menemaniku
tika ini menjadi saksi bahawa aku telah merelakan.
"Engkau adalah yang terindah sepanjang hidupku.
Luka meruah,
semua telah berlalu."
Jangan pernah maafkan aku. Takut aku buat silap lagi.
0 comments:
Post a Comment