SELAMAT DATANG

Jodoh kita dipertemukan di sini! Selamat berkenalan. Saya Afandi Othman, ini adalah blog peribadi saya yang konsepnya sedikit santai untuk kita selesa berkongsi cerita, pendapat, pengalaman dan segala yang bermakna dalam hidup. Saya berimpian supaya blog ini dapat memberi manfaat kepada anda walaupun sedikit dan saya sentiasa mengalukan kritikan dari anda untuk kita sama-sama belajar. 



HALATUJU BLOG INI

Tiada topik khusus yang mesti dibincangkan dalam blog ini. Jika anda lihat header saya di atas pun sudah memberi gambaran menyeluruh apa yang akan saya utarakan.
Mentafsir jalur pengalaman,
Mengutip ilham hasrat.
Secara umumnya, saya akan kongsi dan kupas sesuatu perkara melalui kaca mata seorang individu yang bernama Afandi Othman. Maka, tidak semestinya apa yang saya ceritakan sesuatu yang tepat kerana pandangan setiap dari kita berbeza. Kita cenderung untuk menafsirkan sesuatu perkara mengikut pengalaman masing-masing yang saya pasti memang unik. Maksudnya, kita dewasa melalui pengalaman yang berbeza. Oleh itu, penafsiran kita pun akan turut berbeza tapi saya sentiasa meraikan perbezaan pendapat kerana kelainan itulah yang membuat kita berfikir.

Namun, saya ada membuat beberapa kategori supaya blog ini lebih tersusun dan anda sebagai pembaca tidak 'sesat' dalam blog ini.

1. Bicara Fandi

Segmen ini diwujudkan untuk meluahkan apa saja yang terlintas di fikiran saya dan membentangkannya dalam bentuk Bicara Fandi. Bicara Fandi bukanlah suatu interpretasi fakta yang mesti dipersetujui dan diakui. Oleh itu, anda bebas untuk meninggalkan komen dan pendapat jika anda mempunya pandangan yang berbeza.

2. Store

Ruangan Store ini bertujuan untuk saya menerangkan tentang Serunding Ikan Bilis NIKMAT dan perkara yang berkaitan. Saya akan memberikan tips-tips, infografik, video, slideshare, dan artikel-artikel yang berkaitan kerana tidak ramai yang tahu tentang Serunding Ikan Bilis NIKMAT. Saya juga akan menerangkan sub-sub topik dalam industri serunding secara am dalam bentuk yang santai supaya pembaca akan lebih selesa.

3. Blog

Bahagian ini pula akan menceritakan tentang pengalaman-pengalaman yang saya ingin rakamkan dan kongsikan kepada anda. Boleh saja ianya pengalaman yang baru, menakjubkan, menakutkan, mengujakan, membosankan, menyedihkan, menggembirakan, atau mungkin saja saya akan ceritakan tentang hari ini saya makan cendol dengan kawan-kawan. Ada waktunya ruangan Blog ini menjadi sesuatu yang seronok ataupun mungkin saja menjadi sesuatu yang mengarut.


ANDA SENTIASA DIALUKAN

Saya berbesar hati anda sudi singgah di sini. Saya akan pastikan blog ini kerap dikemaskini supaya kita lebih mengenali. Saya juga berharap agar anda dapat memberikan komen dan meninggalkan jejak untuk saya ke blog anda pula. Saling berkunjung. Semoga dengan cara ini, kita dapat mewujudkan satu komuniti sihat yang mana platform atau mediumnya adalah blog.

Jika anda ada persoalan ataupun sekadar ingin menyapa, anda boleh menghubungi saya dengan beberapa cara. Cara yang paling mudah adalah di Facebook dan Google+.

Akhir kata, selamat mengunjungi blog ini dan nikmati hasil tulisan saya yang sentiasa tidak sempurna.




 AFANDI BIN OTHMAN

0 comments:

Post a Comment