Showing posts with label Store. Show all posts
Showing posts with label Store. Show all posts

Friday, 16 May 2014


Siapa yang tak suka makan roti john?

Majoriti rakyat Malaysia pasti menggemari rasanya yang sedap. Tambahan pula, jika ianya baru saja dimasak. Pasti kita akan terliur. Sebab itu jugalah roti john merupakan makanan 'wajib' yang selalu kita lihat di pasar-pasar malam. Setuju?

Tapi, pernahkan anda mencubanya sendiri di rumah? Sebenarnya cara-cara untuk menghasilkan roti john bukanlah susah. Di sini saya kongsikan tutorial ringkas bagaimana untuk mendapatkan roti john yang unik dan pastinya enak. Saya juga akan sertakan video tutorial beserta slideshare supaya anda lebih jelas.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  1. Serunding Ikan Bilis NIKMAT
  2. roti ban
  3. telur
  4. mentega
  5. mayonis, dan
  6. sos cili


PROSES PENYEDIAAN

Cara-caranya adalah :

  1. Belah roti ban kepada dua bahagian.
  2. Pecahkan dua biji telur.
  3. Tambahkan Serunding Ikan Bilis NIKMAT ke dalam telur tadi.
  4. Kacau campuran tadi.
Setelah selesa langkah-langkah di atas, kita ke proses menggoreng pula.


PROSES MENGGORENG

Untuk menggoreng pula anda perlu :

  1. Panaskan kuali terlebih dahulu. Kemudian, letakkan sedikit mentega.
  2. Tuangkan adunan tadi ke dalam kuali.
  3. Kemudian letakkan roti ban yang telah dibelah tadi ke atas adunan.
  4. Setelah beberapa ketika, terbalikkan roti ban dan angkat.
  5. Sapukan mayonis dan sos cili.


TIPS

  1. Semasa proses menyapu mayonis dan sos cili, anda boleh menambah sedikit lagi Serunding Ikan Bilis NIKMAT untuk rasa yang lebih enak.
  2. Pastikan api kecil semasa memasukkan adunan telur dan serunding.
  3. Pastikan juga anda masak lebih kerana sudah pasti satu tidak cukup!
Selesai segala langkah mudah di atas, anda sudah boleh menikmati roti john buatan sendiri di rumah. Cukup mudah.

Anda ingin tutorial yang lain? Boleh saja ke Tutorial dan Resipi untuk melihat tutorial lain yang telah saya sediakan. Saya akan menambah tutorial dari semasa ke semasa. Semoga perkongsian saya kali ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa untuk kongsikannya bersama keluarga dan rakan-rakan.


Selamat mencuba!




Tuesday, 13 May 2014


Teringat lagi ketika saya sedang bergelar mahasiswa di Universiti Putra Malaysia, UPM. Mungkin anda juga boleh relate kisah saya dengan kisah anda ketika bergelar pelajar dulu. Ketika itu, saya sering saja mengikuti aktiviti kebudayaan, persatuan, dan sukan jika ada kesempatan.

Penglibatan saya dalam pelbagai aktiviti sewaktu di universiti dahulu memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Namun, ada ketikanya aktiviti yang dijalankan selesai pukul 12 tengah malam dan kadangkala hingga pukul 2 pagi. Saya selalu saja terlepas makan malam dan akhirnya mee segera sajalah yang jadi pengalas perut.

KISAH MEE SEGERA

Bercerita tentang mee segera, pelbagai jenama yang saya telah cuba. Masuk saja duit awal bulan, benda pertama yang mesti dibeli adalah mee segera. Beli terus stok untuk sebulan.

Sebenarnya bukan sahaja aktiviti persatuan saja yang sering menyebabkan saya skip makan malam, tapi ada juga waktu-waktu lain yang mana kita perlukan mee segera sebagai 'penyelamat'.

Sebagai contoh bila ada kelas malam yang selalunya habis pukul 10 malam. Tak ramai pelajar yang ada motor. Terpaksalah tunggu bas yang terakhir terus ke kolej sebab malas nak 'menapak' ke food court. Sampai di bilik, terus ambil air panas. Buka mee segera dan letak dalam air panas. Tambah perisa dan tunggu 5 minit. Makan.

DIET TAK SIHAT

Satu lagi masalah biasa bagi pelajar adalah suka buat assignment last minute. Bila dekat dateline barulah kita bersungguh-sungguh nak siapkan.

Setuju tak?

Nak tak nak, kena 'berkurung' dalam bilik untuk siapkan assignment tersebut.Terpaksalah mee segera menjadi peneman setia sebab kita tak nak buang masa nak menapak lagi ke 'food court' untuk beli makanan.

Selain itu, bilamana duit PTPTN tak masuk lagi. Selalu saja bajet lari. Terpaksalah survive dengan mee segera. Bila difikir balik, sebenarnya tak berapa elok jika kita kerap makan mee segera kerana mempunyai kandungan MSG yang tinggi. Kandungan proteinnya pula rendah. Memang tidak digalakkan dalam diet anda. Tapi kalau dah lapar, apa pun kita akan makan. Janji boleh kenyang. Betul tak?

MUDAH, MURAH DAN MENGENYANGKAN

Namun, saya ada sedikit tips sewaktu saya belajar dahulu. Saya suka tambah sedikit Serunding Ikan Bilis NIKMAT dalam hidangan mee segera. Dapat juga sumber protein tambahan di samping dapat meningkatkan rasa. Tapi waktu itu, jenama NIKMAT belum lagi wujud. Hanya serundingnya saja. Mungkin selepas ini, pada anda yang ingin makan mee segera bolehlah cuba tips ini dan rasailah kenikmatannya.

Ada juga ketikanya, saya makan roti atau nasi kosong bersama serunding ikan bilis. Mudah, murah dan mengenyangkan. Walaupun, tidaklah semewah makanan di food court ataupun kedai mamak, namun sekurangnya kita dapat mengalas perut. Yang penting, kita dapat mengelakkan dari terlalu banyak pengambilan MSG kerana Serunding Ikan Bilis NIKMAT bebas dari MSG.



Akhir kata, zaman pelajar memang sangat menyeronokkan kerana dapat menimba pelbagai pengalaman dan pengajaran secara formal mahu pun tidak formal. Bagi saya ilmu di luar bilik kuliah juga penting untuk kita gunakan bila kita masuk ke alam pekerjaan ataupun perniagaan. Oleh itu, pelbagaikan aktiviti dan penglibatan kita supaya boleh meluaskan pandangan serta pemikiran serta jangan lupa amalkan tips di atas.

Selamat mencuba. 




Friday, 9 May 2014


Anda suka makan popiah mini?

Pasti anda terbayangkan rasanya yang rangup dan enak. Namun, bagaimana jika anda menghadapai kesukaran untuk mendapatkannya? Terutamanya di luar musim perayaan.
Untuk itu, saya akan berkongsi pada anda tutorial ringkas beserta video untuk mendapatkan popiah mini yang terbaik.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  1. Serunding Ikan Bilis NIKMAT (wajib)
  2. kulit popiah
  3. sedikit air, dan
  4. minyak





PROSES PENYEDIAAN POPIAH MINI MENTAH

Cara-caranya adalah :

  1. Potong kulit popiah mengikut ukuran yang sesuai iaitu potongan segi empat sama.
  2. Sediakan kulit popiah.
  3. Letakkan Serunding Ikan Bilis NIKMAT ke atas kulit popiah yang telah disediakan tadi. Secubit ataupun sepertiga sudu kecil sudah memadai.
  4. Buat gulungan kemas.
  5. Lekatkan hujung kulit popiah tadi dengan menggunakan sedikit air sebagai pelekat.
  6. Kini, popiah anda sudah sedia untuk digoreng.


PROSES MENGGORENG

Untuk menggoreng pula anda perlu :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali terlebih dahulu. Pastikan api tidak terlalu besar kerana popiah mini cepat masak dan akan hitam jika api terlebih panas.
  2. Setelah anda pastikan minyak sudah panas, masukkan popiah mini mentah tadi.
  3. Kacau-kacau sedikit popiah mini dengan sudip. (Tunggu dalam masa lebih kurang 20 saat.)
  4. Popiah mini anda sudah masak jika warnanya bertukar kuning keemasan.
  5. Angkat popiah mini tersebut dan keringkan minyak di atas kertas tisu dan sedia untuk dihidang.




TIPS

  1. Popiah mini mentah tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk. Anda tidak perlu menggorengnya pada kadar yang segera.
  2. Jadi, anda boleh simpan dalam peti ais dan hanya menggorengnya bila perlu untuk memastikan anda mendapatkan rasa popiah mini yang lebih rangup.
  3. Untuk mengelakkan kulit popiah kering, tutup kulit popiah yang belum dibuka dengan kain lembap.
  4. Anda boleh simpan popia mini yang sudah digoreng dalam bekas dan boleh dibawa ke mana saja sama ada ketika dalam kereta, pejabat, bilik kuliah, dan juga semasa melepak.
  5. Anda boleh menjadi kreatif dengan menjadikannya sebagai doorgift. Jangan lupa kuih raya!
  6. Jika kulit popiah mini tidak melekat setelah diletak air, gantikan air tersebut dengan telur.

Selesai! Mudah bukan?

Setelah anda menguasai tutorial ini, anda juga boleh mencuba untuk membuat Simpul Kaseh pula. Selamat menikmati popiah mini anda yang sedap dan rangup. Jangan lupa untuk kongsikannya bersama keluarga dan rakan-rakan. Anda juga boleh kongsikan hasilnya di sini.


Selamat mencuba!





 Ada ketikanya anda ingin menjamah snek yang enak bukan?

Bukan kerana anda lapar, tapi sekadar ingin menjamah ataupun mengunyah sedikit snek ringan ketika bekerja. Saya ingin kongsikan tutorial ringkas beserta video untuk menghasilkan Simpul Kaseh yang hanya memerlukan bahan-bahan yang murah, mudah, ringkas dan pastinya sangat sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  1. Serunding Ikan Bilis NIKMAT (wajib)
  2. kulit popiah, dan
  3. minyak



PROSES PENYEDIAAN SIMPUL KASEH MENTAH

Cara-caranya adalah :

  1. Potong kulit popiah mengikut ukuran yang sesuai iaitu potongan memanjang.
  2. Sediakan kulit popiah.
  3. Letakkan Serunding Ikan Bilis NIKMAT ke atas kulit popiah yang telah disediakan tadi. Secubit ataupun sepertiga sudu kecil sudah memadai.
  4. Gulungkan dan buat ikatan simpul.
  5. Kini, popiah anda sudah sedia untuk digoreng.

PROSES MENGGORENG

Untuk menggoreng pula anda perlu :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali terlebih dahulu. Pastikan api tidak terlalu besar kerana Simpul Kaseh cepat masak dan akan hitam jika api terlebih panas.
  2. Setelah anda pastikan minyak sudah panas, masukkan Simpul Kaseh mentah tadi.
  3. Kacau-kacau sedikit Simpul Kaseh dengan sudip. (Tunggu dalam masa lebih kurang 20 saat.)
  4. Simpul Kaseh anda sudah masak jika warnanya bertukar kuning keemasan.
  5. Angkat Simpul Kaseh tersebut dan keringkan minyak di atas kertas tisu dan sedia untuk dihidang.
Anda juga boleh menonton video tutorial cara mudah untuk membuat Simpul Kaseh.



TIPS

  1. Simpul Kaseh mentah tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk. Anda tidak perlu menggorengnya pada kadar yang segera.
  2. Jadi, anda boleh simpan dalam peti ais dan hanya menggorengnya bila perlu untuk memastikan anda mendapatkan rasa Simpul Kaseh yang lebih rangup.
  3. Untuk mengelakkan kulit popiah kering, tutup kulit popiah yang belum dibuka dengan kain lembap.
  4. Anda boleh simpan Simpul Kaseh yang sudah digoreng dalam bekas dan boleh dibawa ke mana saja sama ada ketika dalam kereta, pejabat, bilik kuliah, dan juga semasa melepak.
  5. Jika anda kreatif ia juga boleh dijadikaan sebagai doorgift. Jangan lupa kuih raya!


Kini, anda boleh menikmati Simpul Kaseh yang berintikan Serunding Ikan Bilis NIKMAT yang sangat sedap ini. Cubalah di rumah dan kongsikan hasilnya di sini. Anda juga boleh melihat tutorial untuk Popiah Mini.

Selamat mencuba!



Wednesday, 23 April 2014


Kita habis kerja dalam pukul lima petang dan terpaksa pula mengharungi kesesakan jalan raya selama sejam ke dua jam. Ditambah pula dengan penat kerja seharian. Sampai saja di rumah terus saja perut berkeroncong minta diisi. Kita pun melangkah ke dapur dengan harapan ada sedikit nasi sejuk dan lebihan lauk sarapan pagi tadi.

HAMPA

Hanya ada sedikit nasi sejuk dalam periuk. Nak memasak tapi penat bekerja dan memandu tadi masih tak hilang lagi. Lalu, dengan rasa malasnya kita pun terpaksalah bersiap-siap untuk ke kedai makan yang berhampiran. Waktu ini, roti canai sekeping pun tiada masalah asalkan pesanan kita cepat siap. Sedap dan berkhasiat, bukan lagi keutamaan anda. Yang penting ianya dapat mengisi perut anda secepat mungkin.


ANDA PERNAH MENGALAMI SITUASI INI?


Sebenarnya perkara ini sudah menjadi normal di kalangan rakyat Malaysia. Khususnya bagi anda yang bekerja mengikut waktu pejabat. Tambahan pula, jika anda pasangan suami isteri yang bekerja.  

Anda dalam keadaan yang penat bekerja, sebolehnya anda ingin berehat santai saja di rumah sambil menonton ulangan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Kami faham masalah anda.

Oleh itu, kami berusaha untuk menyelesaikan masalah anda dengan menghasilkan SerundingIkan Bilis NIKMAT yang mana mungkin sedikit sebanyak ianya dapat membantu.

APAKAH CARANYA?

Mudah saja. Anda hanya perlu panaskan nasi dan tambahkan Serunding Ikan Bilis NIKMAT bagi menggantikan lauk. Anda akan mendapat hidangan yang sedap dan mengenyangkan. Jika anda inginkan lebih kick, boleh juga tambahkan scramble egg ke dalam hidangan tadi.


Kini, anda tidak perlu lagi tergesa-gesa untuk mencari makanan di luar. Anda sudah boleh menikmati waktu santai yang berkualiti di rumah selepas penat seharian bekerja.


Ramai penggemar Serunding Ikan Bilis NIKMAT yang telah pun menikmati sajian yang ringkas dan enak ini.


Bagaimana dengan anda?





Saturday, 19 April 2014

Bagi anda yang tertanya-tanya tentang Serunding Ikan Bilis NIKMAT, di sini saya ada sediakan infografik yang boleh menerangkannya secara ringkas.


Kepada anda yang ingin mendapatkannya boleh saja ke AfandiOthman OnlineShop dan membuat pembelian di sana. Berita baik kepada anda bagi setiap pembelian 1kg Serunding Ikan Bilis NIKMAT anda akan mendapat diskaun sebanyak 20%. Anda hanya perluk masukkan kod kupon nsib20 untuk mendapatkannya pada harga diskaun.

Jangan lepaskan peluang ini. Tawaran ini akan berakhir bila-bila masa saja.