Kita ada satu ‘magic
word’ yang ada ketikanya akan keluar dari mulut kita tanpa sedar.
Kegunaannya bergantung pada situasi-situasi tertentu. ‘Eleh’.
Selalunya, ‘eleh’ ini diaplikasikan dalam penuturan yang
bersifat defensif. Tapi ada waktunya juga, ‘eleh’ boleh digunakan dalam
senario yang lain. Tiada arahan dan asal-usul yang jelas tentang penggunaan
‘eleh’ yang betul sebab saya pun tak pernah lagi jumpa perkataan ini dalam
mana-mana kamus. Yang pasti, perkataan ini memang sangat berkesan jika kita
kreatif menggunakannya.
Situasi 1.
Kita tengok kawan-kawan kita berjaya pada usia yang muda.
Jadi sebagai alasan kerana kita tidak berjaya kita pun berkata,
“Eleh.. Anak orang kaya. Bolehlah.”
Situasi 2.
Kita nak play safe
masa kita lafazkan yang kita suka seseorang. Ataupun dalam bahasa mudahnya, nak
. Kita lafazkan cinta pada
si A, tapi bahasa tubuhnya macam tak suka dekat kita. Maka, kita cepat-cepat cover line dan dengan selambanya berkata,
“Eleh.. Perasan la tu. Aku saja je nak test.”
Kita dalam mood yang
betul-betul malas. Tiba-tiba kawan ajak berjoging. Nak sihatkan badan katanya.
Lalu, kita akan berkata dengan nada menyindir,
“Eleh.. Kau sebenarnya bukan nak berjoging pun. Nak usha
awek je lebihnya.”
Situasi 4.
Bila ada kawan berlagak alim menegur, “Kau ni aku tengok
asyik melepak je. Pergilah buat benda yang
berfaedah sikit. Duduk kat masjid
ke.” Walhal kita tahu yang dia pun dua kali lima. Kita pun dengan rasa
menyampahnya berkata,
“Eleh.. Kau tu tiap malam merendek dengan awek kau aku tak bising
pun.”
Situasi 5.
Dalam kelas, selalunya akan ada seorang dua pelajar yang
‘semangat’ sangat nak belajar. Kebiasaannya sebelum habis kelas, lecturer akan buka soalan kalau ada
yang tak faham. Pantang lecturer
tanya, “Ada apa-apa soalan tak?” Mulalah nak angkat tangan tanya macam-macam.
Kita pula tak sabar nak keluar.
“Eleh.. Nak show off
la tu,” ucap kita sambil memandang member
di sebelah dan dia pun menggeleng geram.
Cukuplah lima contoh. Banyak lagi senario yang memerlukan
kita menggunakan magis dari perkataan ‘eleh’. Hanya perlu kreatif dan tahu bila
waktu yang sesuai. Mungkin ada yang bertanya apa yang akan berlaku kalau kita menggunakan magic word ini. Jawapannya kita akan rasa tak bersalah dan dapat menyedapkan hati. Nak tahu kena cuba sendiri.
Practice makes
perfect.