Thursday 27 March 2014


Anda pernah ke Pesta Buku Big Bad Wolf? Anda pasti akan merasai keseronokan membeli buku pada harga yang sangat murah. Mana taknya. Setiap buku dijual pada harga diskaun sebanyak 75% ke 95%. Hinggakan ada buku yang berharga RM1!


Kali ini Big Bad Wolf yang berlangsung di MIECC, Mines tampil dengan idea yang lebih menarik. The Big Bad Box Sale.

Untuk jualan buku kali ini, anda tidak boleh membeli buku seperti biasa. Anda hanya boleh membeli kotak. Kotak?

 Ya, anda hanya perlu membeli kotak yang disediakan dalam dua saiz. Kotak dari luar tidak dibenarkan. Apa yang perlu anda lakukan adalah memenuhkan buku-buku yang anda pilih ke dalam kotak yang telah anda beli tadi. Menarik bukan.

Anda bebas mengisi apa saja jenis buku tanpa mengira saiz asalkan kotak anda boleh ditutup. Ini adalah kerana sebelum anda melepasi pintu keluar, kotak anda akan dilekatkan dengan pita pelekat. Jadi, anda harus bijak menyusun buku-buku anda bagi mengoptimumkan penggunaan ruang di dalam kotak tersebut.

Hasilnya, saya dapat mengisi 56 buah buku ke dalam kotak yang bersaiz besar. Antaranya adalah buku-buku berkaitan bisnes, kesihatan, dan sebagainya.


Tips dari saya ialah anda harus pergi bersama kawan-kawan jika anda merasakan harga kotak yang dijual agak mahal. 



Contohnya anda pergi bertiga dan kongsi sebuah kotak. Jangan risau kerana kotak yang berharga RM99.90 itu boleh memuatkan 40 ke 60 buah buku jika anda pandai menyusunnya seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

The Big Bad Box Sale ini akan berakhir pada 30 Mac, pukul 9 malam. Pada anda yang ingin menambah koleksi buku anda, jangan lepaskan peluang ini. Masih tinggal beberapa hari lagi untuk anda berhadapan dengan Serigala Jahat ini. 

6 comments:

  1. WOW...BESTNYA...TAPI BAHASA INGGERIS, TAK FAHAM NAK BACA...HE3, APA PUN TAHNIAH DAPAT BORONG BUKU TU...TAPI BILA FIKIR-FIKIR BALIK, SAYA MUNGKIN TAK FAHAM, ANAK-ANAK MUNGKIN BOLEH MEMBACANYA PADA MASA AKAN DATANG KAN'?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Ada juga bahasa Melayu tapi tak banyak sangat. Kalau yang bahasa Inggeris untuk anak-anak memang sesuai.

      Delete
  2. Banyaknya novel tu bro? HAHA

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel tu saya nak bagi dekat adik. Saya pun tak larat nak baca novel tebal-tebal. Haha

      Delete
  3. uiihh untungnyaaaaa, jeles ni jeles ni, haha. '2002 things to do on a date', ehemm macam best jee :P kongsi sme nanti, hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku itu yang terakhir saya capai sebab tengok ada ruang lagi yang boleh disumbat. Haha.

      Delete