Sunday 30 March 2014





Mengikut kajian kita akan percaya jika sesuatu fakta atau perkara itu disertakan dengan perkataan ‘mengikut kajian’.

MENYOKONG HUJAH

Kita pasti biasa membaca artikel-artikel di internet yang kadang-kala hujahannya diperkuatkan dengan kajian-kajian serta penemuan-penemuan saintifik. Banyak kajian yang telah dilakukan dalam pelbagai bidang antaranya kesihatan, komunikasi, kecantikan, kehidupan, perbezaan jantina, dan sebagainya. Namun, adakah anda pasti kajian tersebut benar-benar dilakukan?

Bukan niat saya untuk mempersoalkan kajian mereka ataupun mereka yang menyandarkan pada kajian tersebut. Persoalan saya adalah kita mudah mempercayai sesuatu perkara jika ianya disertakan sekali dengan ‘mengikut kajian’ dan  ‘kajian menunjukkan’. Anda setuju?

“Kajian menunjukkan perempuan mudah untuk mempercayai orang yang mereka kenal di alam maya seperti Facebook berbanding orang yang mereka kenal secara realiti.”

"Anda lebih mudah untuk mendapatkan bantuan dari orang-orang yang merendah diri berbanding dengan orang-orang yang lebih sombong.”

Antara dua premis di atas, yang mana lebih meyakinkan anda? Kebanyakan dari kita akan memilih premis pertama kerana ianya disertai dengan 'kajian'. Namun, tahukah anda bahawa premis kedua adalah hasil kajian yang benar-benar dilakukan di Universiti Baylor, Texas? Manakala, premis pertama adalah palsu.

YANG MANA BENAR?

Di sini saya sertakan beberapa pernyataan yang saya ambil dari beberapa artikel dan pernyataan yang saya reka sendiri. Sedikit latihan untuk anda. Cuba anda kenalpasti premis mana yang benar-benar hasil kajian atau sekadar rekaan saya saja.

1. “Kajian menunjukkan kerjaya polis lebih stress berbanding guru.”

2. “Mengikut kajian sains, ketawa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit jika dibuat mengikut kesesuaiannya.”

3. “Mengikut kajian perempuan lebih suka berbelanja berbanding lelaki.”

4. “Mengikut kajian yang dijalankan dijalankan di Toronto, Kanada, lelaki cenderung untuk bersesak menggunakan lif berbanding tangga walaupun hanya untuk naik satu tingkat sahaja.”

5. “Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas, kecantikan dan kebahagiaan adalah berkait rapat antara satu sama lain.”

6. “Melalui satu kajian yang dibuat selepas perang dunia kedua, didapati bahawa askar Amerika yang kurang kecergasan ialah seramai 50%.”

7. “Golongan yang berumur 65 tahun ke atas dan gemar meminum minuman beralkohol pada kadar yang sederhana dapat memanjangkan jangka hayat kira-kira dua tahun lebih lama berbanding mereka yang tidak mengambil minuman beralkohol menurut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat.”

8. “Mengikut kajian saintifik, madu yang disimpan dalam jangkamasa yang lama akan menghasilkan antioksidan yang tinggi bagi menghindari kanser.”

 9. “Mengikut kajian dalam sehari wanita akan mengeluarkan 7 ribu hinga 8 ribu patah perkataan. Manakala lelaki pula hanya mengeluarkan 2 ribu hingga 3 ribu patah perkataan sehari.”

'KAJIAN' KITA SENDIRI

Bagaimana? Dapatkah anda kenalpasti premis yang manakah benar? Untuk membantu anda, saya akan beri satu tips iaitu lima dari sembilan pernyataan di atas adalah benar. Selebihnya adalah sekadar rekaan yang saya hasilkan kurang dari dua minit. Mungkin ada yang dapat mengesan premis yang manakah benar namun jika anda tidak dapat membezakannya, jangan risau. Perkara ini adalah normal.

Perkara ini juga membuatkan saya terfikir. Jika saya seorang peniaga barangan kecantikan, kesihatan, pendidikan, makanan, mahupun apa sahaja produk, tentu saja saya boleh hasilkan ‘kajian’ saya sendiri untuk menyokong produk yang pasarkan. Saya yakin tentu ramai yang akan percaya dan menyokong propaganda yang saya jalankan. Namun, saya tidak tergamak untuk melakukannya melainkan saya seorang opportunis yang bertunjangkan matlamat menghalalkan cara.

KITA HARUS LEBIH PEKA

Senario ini sebenarnya bukan boleh berlaku dalam aspek pemasaran produk sahaja, ianya boleh berlaku dalam segala aspek kehidupan. Cuma mungkin saja kita yang tidak perasan. Oleh itu, kita seharusnya lebih teliti dalam menapis segala maklumat terutamanya di Facebook dan selidik terlebih dahulu maklumat yang ingin kita share.

Tapi, jangan pula selepas ini anda menolak mentah-mentah sesuatu ‘kajian’. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kita harus lebih peka dalam menghadam sesuatu maklumat kerana berdasarkan pengalaman saya yang sedikit ini, terlalu banyak kecurangan dalam aspek informasi yang telah dan sedang berlaku. Kita pula seolah-oleh menyokong perkara ini dengan menyebarkannya lagi.

Sudilah kiranya anda kongsikan jawapan anda di ruangan komen di bawah. Mana tahu jika jawapan anda tepat.

16 comments:

  1. mengikut kajian mengikut kajian mengikut kajian, memang kita kena lebih peka dalam nak percaya sesuatu maklumat, ye tak? especially produk2 sekarang, ayat2 mmg hebat kebabomm, hehe. Apa-apa pun satu perkongsian yang bagus bro, boleh ingat mengingatkan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pula lepas ini cik lisa buat 'kajian' sendiri untuk melariskan produk. Hehe.

      Delete
  2. biarpun dikatakan mengikut kajian tetapi kita tidak boleh mempercayainya 100%. Biasanya perkataan mengikut kajian ini sering digunakan untuk menjual produk kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, selalunya begitu. Ironinya, kita memang susah hendak pastikan sesuatu 'kajian' itu benar atau tidak. Mungkin sebab itu ramai yang menggunakannya dalam ayat pemasaran mereka.

      Delete
  3. yang penting kita harus memastikan kesahihan sesuatu fakta itu terlebih dahulu melalui kajian kita sendiri (sama ada melalui pelbagai testimoni orang lain yang dipercayai atau fakta yang memang diiktiraf oleh badan-badan tertentu).. betapa besarnya pengaruh ayat "mengikut kajian" itu terhadap pemikiran kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju, Tapi kadang-kadang saya pun malas nak semak semua fakta. Hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Betul tu. Lepas ni kita kenalah hati-hati sikit.

      Delete
  5. ya... suatu yang bagi saya agak menyedihkan bila, ada di kalangan kita yang menggunakan ayat 'mengikut kajian' palsu dalam ayat pemasaran... lagi menyedihkan kerana ianya seperti 'berleluasa'... sedang nabi SAW dah pon pesan... jangan tipu timbangan dalam berniaga... jangan TIPU adalah asas berniaga... kenapa nak guna 'mengikut kajian' palsu... tak takut langsung dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan. Kita perlu berhati-hati dan pandai menapis maklumat.

      Delete
  6. salam kenal salam ziarah
    saya rasa, nombor 5 benar

    ReplyDelete
  7. bila baca macam ni rasa macam buat thesis je zaman saya belajar universiti. Buat kajian semua. Sebelum kita menerima apa-apa berita yang diterima, kaji dulu sama ada ianya betul berdasarkan fakta ataupun bukan.

    adarain.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tapi semua berita kita nak kena kaji leceh juga kadang-kadang.

      Delete