
Setiap billionaire dunia mempunyai satu persamaan walaupun mereka berbeza latarbelakang iaitu mereka memliki blueprint matlamat mereka sendiri. Inilah rahsia terbesar mereka yang mungkin ramai dari kita tahu tapi kita tidak menetapkan matlamat kita sebagaimana mereka lakukan.
Kita harus
mengambi kira beberapa perkara penting supaya matlamat yang kita tetapkan dapat
menjadi landasan yang sentiasa memandu usaha kita ke arah kejayaan. Tidak
semestinya matlamat anda harus menjadi jutawan. Anda juga boleh menetapkan
matlamat untuk mencapai berat impian, bentuk badan idaman, dan sebagainya.
DITULIS SECARA HARDCOPY

Untuk
memperoleh kejayaan, anda perlu konsisten dan tegas terhadap impian sendiri.
Matlamat yang sentiasa berubah-ubah tidak akan membantu anda untuk berjaya
sebaliknya ianya akan memakan diri anda sendiri.
MATLAMAT YANG JELAS
Pastikan
matlamat atau impian yang anda tulis jelas, terperinci dan mampu dibayangkan.
Anda mungkin tidak akan mencapai apa yang anda impikan jika ianya terlalu umum.
Sebagai contoh, anda berimpian untuk menjadi seorang jutawan. Anda mungkin
menjadi seorang jutawan tapi, bila? Mungkin 20 tahun atau 30 tahun lagi?

Berlatihlah
untuk berangan dengan lebih dalam dan terperinci.
HANDS-ON EXPERIENCE
Anda
berimpian untuk memiliki sebuah kereta mewah seperti Porsche Carrera berwarna
kuning pada usia anda 28 tahun. Anda perlu mencuba sendiri menaiki kereta
tersebut. Rajin-rajinlah untuk pergi ke kedai kereta mewah ataupun autoshow kereta mewah dan masuk ke dalam
kereta tersebut. Nikmati dan hayati betul-betul interior design kereta tersebut seolah-olah anda sudah memiliki
kereta tersebut. Biarlah orang lain kata anda poyo kerana anda tahu yang ingin berjaya adalah anda.

Mungkin anda
ada impian lain. Cuba dapatkan hands-on
experience untuk impian anda itu.
GARIS WAKTU MENCAPAI MATLAMAT
Bila anda
jangkakan untuk mendapat bentuk badan yang menawan? Bila anda ingin mendapatkan
kereta mewah idaman anda?
Garis waktu
adalah tempoh masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda. Ianya
mestilah sesuatu yang logik dan boleh dicapai. Anda tidak boleh berimpian untuk
memiliki kereta Porsche Carrera tiga bulan dari sekarang.
Jika anda
menetapkan garis waktu selama tiga tahun, cuba pecahkan lagi kepada setahun
demi setahun, sebulan demi sebulan, dan seterusnya seminggu demi seminggu.
Perjalanan anda akan tampak jelas dan tidak mustahil untuk dilakukan.
TAMPAL MATLAMAT ANDA
Anda perlu
sentiasa melihat matlamat anda. Tampal matlamat di tempat-tempat yang anda
selalu lihat seperti di sebelah komputer, di tempat kerja, di pintu peti sejuk.
di dalam kereta, dan sebagainya.
Seeloknya,
anda sertakan sekali gambar-gambar impian anda supaya imejnya akan sentiasa
anda bayangkan. Ini membantu supaya minda separa sedar anda turut bekerja.
BERKONGSI MATLAMAT DAN IMPIAN

Caranya
adalah dengan berkongsi matlamat dan impian kita kepada keluarga, kawan
terdekat, serta sesiapa saja yang kita kenal. Bukan untuk berlagak, tapi supaya
kita keluar dari zon selesa. Kita akan merasakan kita perlu untuk berjaya
kerana kita sudah membuat declaration
awal akan kejayaan kita.
Semoga
sedikit perkongsian ini dapat membantu anda dalam menetapkan matlamat dan
impian anda supaya perjalanan anda menuju kejayaan sentiasa berada dalam
landasan yang betul. Namun, yang paling penting adalah tindakan dari anda,
itulah yang membezakan antara orang berjaya dan orang yang gagal.
kalau tak betul2 semangat, memang malas nak buat steps atas ni tapi kalau nak berjaya memang kena buat!hehehehe
ReplyDeleteSaya setuju. Memang nampak leceh sebab nak berjaya bukannya senang. Hehe
Deleteusaha & semangat yang berterusan, Insya Allah :)
ReplyDeleteInsyaAllah. Semangat kita ada turun naiknya. Kawan saya pernah berpesan kena selalu lepak dengan orang yang berjaya dan positif untuk kita recharge balik momentum kita.
DeleteBookmark added! Terima kasih bro. Memang ini yang aku cari.
ReplyDeleteIkhlas,
profhariz.com
Semoga bermanfaat. Kita sama-sama mencari sebenarnya. Hehe
Delete