Tanggal 18 dan 19 Mei 2014.
Program Tatih Jutawan : Kickstart telah berjalan dengan gemilangnya
di Genting View Resort, Genting Highland. Secara ringkasnya, program ini
diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan dan saling mengenali antara
mentor
dan peserta dalam program
Tatih Jutawan. Sehubungan itu, pihak penganjur telah
merancang suasana program ini agar ianya berbentuk santai tapi penuh dengan
pengisian.
SESI PENDAFTARAN YANG 'KELAM KABUT'
Kem dimulakan dengan sesi pendaftaran yang unik di mana kami
dikehendaki melantik seorang ketua dan arahan pertama hanya akan diberi kepada
ketua. Arahannya adalah para peserta akan masuk ke dalam dewan aktiviti dan
harus mencari tag nama masing-masing yang ‘disepahkan’ dan buat susunan untuk
mengambil gambar. Semuanya harus dilakukan dalam masa yang paling singkat. Kami
mengambil keputusan supaya hanya dua ke tiga peserta saja yang akan mencari tag
nama dan berikannya kepada peserta lain bagi mengelakkan suasana kelam kabut.
Kami berjaya juga menghabiskan tugasan pertama
dalam masa lebih dua minit. Agak lambat sebenarnya kerana bila saja pintu dewan dibuka muzik dipasang
dengan kuat dan lampu dewan ditutup. Keadaan menjadi kelam kabut kerana peserta terpaksa menjerit untuk memberi tag nama kawan dan terpaksa meraba dalam kegelapan.
“Begitulah kita dalam kehidupan. Kita sering diganggu oleh
kesusahan dan dilekakan dengan kesenangan. Tapi, kita akan dapat apa yang kita
hajatkan jika kita fokus.”
.jpg)
Mukaddimah yang sangat mendalam oleh ‘guru besar’ program
Tatih Jutawan, Tuan Shamsul Bahrir aka
The Catalyst. Beliau kemudiannya
menerangkan tentang perjalanan kem ini dan peraturan-peraturan yang mesti
dipatuhi sepanjang kem ini berjalan. Kem diteruskan dengan sesi berkenalan yang
mana kami perlu mengenalkan diri dan perniagaan di hadapan mentor yang
bertindak sebagai ‘juri’ untuk menilai
elevator pitch setiap peserta.
PASSION AND PRODUCT VALUE
Banyak komen-komen bernas diberikan oleh mentor yang
merangkumi aspek keyakinan, product knowledge, pemilihan ayat dan sebagainya. Saya
juga teringat komen Mentor Puan Maza Asma tentang apa value produk yang kita
hendak berikan kepada orang ramai dari segi manfaat produk itu sendiri dan dari
aspek keusahawan. Juga sedikit peringatan dari Mentor Pn. Faridatul Azna
tentang passion kita terhadap produk dan bagaimana kita ingin menunjukkan
keterujaan kita kepada orang ramai.
Selepas itu, kami dibahagikan kepada empat kumpulan yang
mana setiap kumpulan akan ‘dijaga’ oleh seorang mentor. Setiap kumpulan diberi
sehelai kertas mahjong dan dikehendaki mencipta nama kumpulan, logo, dan
warcry
kumpulan masing-masing.
Kumpulan saya cukup bertuah kerana dibimbing oleh Mentor
Datin Siti Mariam yang cukup sistematik dalam proses brainstorming idea.
Hasilnya, dalam masa yang singkat kami berjaya menghasilkan logo kumpulan yang
bersayap memberi makna bahawa kumpulan kami yang sedia untuk terbang tinggi,
diperhalusi dengan lima pelepah mewakili lima peserta, dan kilat di tengahnya
yang melambangkan kepantasan kumpulan kami. Kumpulan kami diberi nama Flash
Wing dan oleh kerana kami berpegang bahawa ‘fast action fast result’, slogan
dan warcry kami adalah,
We lead by the speed!
SESI BRAIN TEASERS
Selain itu juga, ada juga sesi ‘memeningkan’ kepala yang
mana kami diberikan soalan-soalan ‘budak tadika’ bak kata Tuan Shamsul. Namun,
sesi Brain Teasers ini bukan sekadar menjawab soalan tapi diselitkan juga mesej
yang mungkin saja boleh mengubah cara fikir kita. Anda ingin cuba? Tapi
pastikan anda jawab dengan jujur dan jangan skip mana-mana soalan. Jawab ikut
turutan soalan supaya anda dapat mesej yang ingin disampaikan.
Anda dapat jawab soalan di atas?
Ada ketikanya kita perlu keluar dari kerangka pemikiran yang
biasa untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seorang usahawan perlu memiliki
idea-idea yang ‘pelik’ untuk menarik perhatian pelanggan dan supaya perniagaan
kita lebih menonjol. Itulah yang kita panggil pemikiran di luar kotak.
Namun, ada juga waktunya di mana kita cenderung untuk
merumitkan keadaan. Seperti soalan di atas, jika kita selalu dihadapkan dengan
kesukaran, kita akan cenderung untuk merumitkan keadaan walaupun sebenarnya ada
penyelesaian yang sangat mudah. Oleh itu, kita perlu pandai untuk
membezakannya.
Jika anda dapat menjawab semua soalan di atas mengikut
urutan, anda akan faham.
"SURPRISSEEEEEE!!"
.jpg)
Itulah yang tertulis di
tentative program. Aktiviti untuk hari pertama diteruskan pada sebelah malam
selepas selesai makan malam. Bagi saya ini adalah sesi yang paling seronok
kerana kami hanya perlu menonton filem yang ala-ala wayang pacak. Ada yang
tekun menonton, ada yang berbaring, ada juga yang sampai tertidur. Kepenatan
agaknya. Tapi, kredit harus diberikan kepada pihak penganjur kerana memilih
untuk menayangkan filem
The Billionaire
yang juga dikenali sebagai
Top Secret :
Wai Roon Pan Lan.
Sebuah filem yang menceritakan tentang seorang
billionaire muda dari Thailand yang
bernama
Aitthipat Kulapongvanich,
ataupun lebih dikenali dengan
Tob
TaoKaeNoi. Plot filem ini yang berkisar tentang siri-siri kegagalan dan
kekangan yang terpaksa Tob hadapi namun beliau tetap ‘degil’ dan terus mencuba
hingga akhirnya ‘kegilaan’ beliau mendatangkan kejayaan. Hasilnya kini, produk
TaoKaeNoi telah berada 53,000 outlets
7-Eleven di 16 buah negara.
Jika anda pernah menonton filem ini, anda akan perasan Tob
sering mendengar rakaman pensyarahnya tentang
unlimited thinking. Pensyarah Tob
memberitahu bahawa
unlimited thinking lebih besar peranannya dari
thinking out
of the box.
Ianya bertindak di bawah minda separa sedar yang sebenarnya
kritikal terhadap kejayaan yang akan diperoleh.
Yakin.
Adakah kita cukup yakin apa yang sedang kita lakukan
sekarang akan memberi kejayaan kepada kita? Yang pasti keyakinan inilah yang
membuatkan Tob menjadi seorang yang sangat berjaya dan menjadikan beliau
seorang yang ‘degil’ dan ‘gila’. Tapi dalam cara yang positif.
OUTDOOR ACTIVITIES
.jpg)
Hari kedua pula kami melakukan beberapa aktiviti fizikal
iaitu
Web Crossing, Gibbon Crossing, dan
Fireman Crossing. Setiap peserta
dikehendaki melintasi sebatang sungai kecil melalui tiga cara yang berbeza.
Simboliknya halangan-halangan ini menunjukkan bahawa ada ketikanya kita
terpaksa untuk melalui cabaran seorang diri. Tiada siapa yang dapat tolong. Hanya
ada kita, usaha, doa, dan tawakkal. Namun, di sebalik kepayahan yang kita
hadapi, kita akan dapat melihat kawan-kawan yang sudi bersorak dan memotivasi
kita walaupun secara zahirnya mereka tidak dapat membantu kita. Kadang-kala
sedikit dorongan lebih bermakna dari segala macam perbuatan.
.jpg)
Inilah yang kami alami sewaktu melakukan aktiviti ini. Ada
peserta yang cekap dan boleh menghabiskan halangan ini dengan mudah. Ada juga
peserta yang terpaksa bersusah payah untuk menghabiskan setiap tugasan yang
diberikan. Tapi, setiap kali mereka ingin berputus asa, mentor-mentor seperti
Chef Alwi, Tuan Zaidi dan Datin Mariam akan menjerit dan memberi semangat. Diikuti pula oleh
peserta-peserta yang lainnya. Kalau tak larat, rehat dulu, biar lambat, yang
penting sampai.
Inilah sebenarnya kekuatan berjemaah dalam perniagaan. Bukan setakat n
etworking based on business,
tapi
friendship that comes from business, yang akan saling membimbing dan
membantu. Hinggakan waktu makan pun mentor-mentor tak jemu berkongsi pengalaman
dan idea mereka.
PENGHARGAAN KEPADA KELUARGA TATIH JUTAWAN
Chef Alwi yang membongkarkan rahsia kedai mamak, marketing
dan persepsi manusia,
business decision dan
personal decision.
Tuan Zaidi dan
Puan Maza yang sedia membantu jika diperlukan dan pantang dengan usahawan yang
‘kreatif’ mencipta pelbagai alasan.
Datin Mariam yang 'memaksa' kami untuk
mencari 25 pengajaran selepas menonton filem
The Billionaire.
Puan Faridatul Azna
yang menyatakan pentingnya untuk kita menjenamakan diri sendiri kerana
kebanyakan orang beli produk kerana
personal brand yang kita tonjolkan.
Tuan
Shamsul Bahrir yang menekankan pada kami supaya jangan syok sendiri, kenali
siapa pelanggan kita, dan lihat sesuatu dalam gambaran yang lebih besar.
.jpg)
Tidak lupa juga kepada
Puan Khadijah dan
Puan Rashidah yang berjaya
menganjurkan kem ini dengan sangat lancar dan mempertemukan kami dengan
mentor-mentor hebat ini walaupun Puan Rashidah tidak dapat bersama kerana ada sedikit kekangan.
Tuan Sharizal yang walaupun tidak berkesempatan
bersama kami di kem ini namun sentiasa mengingati kami lewat pesanan-pesanan
ringkas beliau melalui
WhatsApp.
Puan Nora yang walaupun sibuk, sempat juga
menjeguk kami.
Puan Nino Zi yang tekun mengambil gambar yang cantik sepanjang
kem ini berlangsung.
Tuan Sopian yang mengambil video perjalanan kem ini,
memperkenalkan saya dengan tokoh-tokoh
online marketer, serta idea tentang
being everywhere. Dan, rakan-rakan mentee dalam program Tatih Jutawan ini kerana anda semua memang
happening.
Secara rasminya kem kickstart ini selesai pada jam 3 petang.
Segala pengalaman manis sepanjang kem ini akan terus diingati. Pengalaman di
mana para peserta yang hampir kesemuanya pengusaha produk makanan membawa
sampel produk masing-masing untuk dikongsi di dalam kem ini. Boleh dikatakan
kem ini penuh dengan ‘aktiviti merasa sampel’ yang sedap-sedap. Ditambah pula
dengan makanan yang disediakan pihak hotel. Habis hilang semua diet tapi puas
hati!