.jpg)
Kita sering mengimpikan untuk menjadi pemenang dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Dalam konteks perniagaan ataupun keusahawanan, pemenang adalah mereka yang mengetuai landskap pasaran. Mereka sentiasa berada beberapa langkah ke hadapan dari pesaing mereka.
KITA YANG BARU SAJA BERTAPAK
Namun, bagaimana pula dengan kita yang
baru saja bertapak?
Kita terpaksa bersaing dengan perusahaan yang sudah dikenali
dalam industri. Perusahaan yang sudah ada kredibiliti yang tinggi dan sudah
tentunya cukup disegani. Apa yang boleh kita lakukan untuk menyaingi
kredibiliti mereka?
Sama ada kita boleh melangkah setapak demi setapak untuk
menjadi seperti mereka tapi mengambil masa yang lama untuk kita membina nama
dan kepercayaan dalam pasaran. Atau, kita juga boleh berlagak seolah-olah kita
sudah berada di tahap yang sama seperti mereka.
BERLAGAK SEPERTI MEREKA
Bagaimana untuk berlagak seperti mereka?
1. Tiru pemakaian pemenang

“When you look good, you feel good.”
Namun, kita tidak perlu sentiasa berpakaian formal. Kita
juga boleh membawa imej yang lebih santai tetapi kemas. Perlu pandai untuk
sesuaikan dengan acara dan keadaan.
2. Sentiasa menonjol
Orang yang berjaya mempunyai aura yang kuat. Jika mereka
hadir dalam suatu acara, semua mata akan memandang. Kita juga boleh menonjolkan
diri kita walaupun tidak memiliki aura seperti seorang jutawan. Kita boleh menonjolkan
diri kita melalui gaya percakapan yang meyakinkan.
Bagaimana caranya?
3. Belajar bercakap seperti mereka
Anda boleh perhatikan bagaimana Dr. Azizan Osman berucap.
Dalam
hanya beberapa saat sahaja, beliau boleh menyentuh emosi kita. Bayangkan pula bagaimana beliau 'memukau' ribuan manusia yang hadir dalam setiap program yang beliau anjurkan.
Itu adalah kekuatan
beliau yang perlu kita 'tiru' dan kuasai.
4. Miliki keyakinan sebagai seorang pemenang
Keyakinan adalah perkara yang paling sukar untuk dikawal
kerana ianya berkait rapat dengan mentaliti kita. Jika kita boleh menanamkan
dalam minda separa sedar bahawa kita seorang pemenang, tahap keyakinan kita
akan meningkat.
Oleh itu, kita perlu bijak untuk ‘menipu’ minda kita.
5. Berkawan dengan pemenang
Berkawan dengan penjual minyak wangi, anda akan wangi.
Begitulah juga bila kita berkawan dengan orang yang berjaya. Kita akan dapat
kejayaan.
Imej yang kita pamerkan harus mempunyai impak seperti
seorang pemenang kerana ramai yang menilai potensi kita dengan hanya first impression mereka. Oleh itu, kita
perlu berlagak sebagai pemenang walaupun kita belum lagi berjaya.
Namun, kita perlu bijak untuk membezakan antara ‘berlagak
sebagai pemenang’ dan 'berlagak betul'!
Hehe...tapi jangan tertalu over sangat yer..saya suka meniru gaya pemenang aje..
ReplyDeleteKena bersederhana. Setiap pemenang ada gaya dan lagak masing2. Yang mana baik kita ikut. Hehe
Delete