Petang tadi saya terima pesanan ringkas dari seseorang yang baru saja saya kenal dalam Program Tatih Jutawan. Katanya malam ini ada program ringkas tentang bisnes. Mungkin ingin berkongsi lebih lanjut tentang Kelab Keusahawan Selangor (KUSel) yang sebelum ini pernah dikongsikannya. Saya pun merasakan harus untuk bertemunya kerana saya merasakan rugi untuk tidak bersama dalam komuniti KUSel. Melalui perkongsian ringkasnya kepada saya sebelum ini, memang banyak kelebihannya kepada usahawan sekiranya terlibat dalam aktiviti KUSel ini.
NETWORK MARKETING?
Namun, saya sedikit terkejut bila dalam pesanan ringkasnya
lewat Whatsapp yang bertanyakan
adakah saya ada pengalaman dalam networking.
Saya mula berasa ada yang tidak kena. Biasanya kalau disebut networking dalam
bisnes, saya akan terbayangkan network
marketing ataupun cukup dikenali sebagai multi-level marketing. Bukan saya
negatif terhadap industri ini yang mana saya sendiri akui ianya sangat bagus
jika dilaksanakan dengan cara yang betul. Tapi, saya belum bersedia buat masa
ini untuk kembali aktif dalam network
marketing.
Tambahan pula, saya perlu fokus kepada produk Serunding Ikan Bilis NIKMAT yang baru saja saya lancarkan.
Walaupun sedikit gusar, saya meyakinkan diri yang mungkin persoalan
tersebut menjurus kepada konteks networking
antara usahawan dan agensi-agensi keusahawanan yang berkaitan. Saya pun
bersetuju untuk bertemunya di Pajam, Negeri Sembilan. Saya pergi bersama
seorang kawan. Kami sampai di Pajam dalam pukul 9.30 malam. Sampai saja di
sana, kami disambut oleh kakak tersebut dan suaminya.
TELAHANKU TEPAT
Setelah dipersilakan duduk dan dijamu air kopi. Kami diperkenalkan
kepada Cikgu Azman lalu diberi penerangan tentang perniagaan yang beliau
ibaratkan sebagai ‘mesin duit’. Saya mula berasa bersalah kepada kawan di
sebelah yang kelihatan tidak selesa.
Namun, kami tetap memberikan respon dan reaksi yang positif untuk menjaga hati
tuan rumah yang begitu tekun membentangkan pelan pemasaran.
Kami difahamkan Cikgu Azman adalah seorang yang cukup
dikenali dan berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri network marketing. Kami juga dikhabarkan bahawa beliau juga merupakan
salah seorang pengasas kepada syarikat tersebut yang baru berusia 15 hari.
Beliau meyakinkan kami untuk bersama menjadi pioneer ataupun yang terawal dalam syarikat tersebut.
Sesi pembentangan diteruskan.
Kami pun diperkenalkan dengan pelbagai jenis bonus dan
potensi pendapatan yang bakal diperolehi dalam syarikat tersebut.
Dalam
keghairahan beliau bercerita, sempat juga saya jeling jam di handphone yang sudah menunjukkan jam
11.30 malam.
Lantas saya memotong percakapan beliau secara baik dan menyatakan
hasrat untuk pulang kerana sudah hampir lewat malam.
Beliau faham dan
menghabiskan penggulungan beliau dan memberikan kami borang pendaftaran untuk
dibawa balik sekiranya kami sedia untuk bersama beliau dalam syarikat tersebut.
TEKNIK MENCULIK
Teringat kembali ketika saya masih aktif dalam network marketing yang mana saya pun
pernah mengajar kumpulan saya menggunakan cara yang sama untuk menjemput
prospek. Kami memanggil cara ini sebagai ‘teknik menculik prospek’. Namun,
setelah mengetahui keburukan teknik ini, kami sepakat untuk tidak
menggunakannya lagi dan bersikap untuk menghormati waktu dan perasaan orang
lain. Satu kenangan yang sedikit sebanyak mematangkan saya.
Ada juga positifnya pertemuan saya bersama Cikgu Azmi pada
malam ini. Saya dapat refresh teknik tabletalk ataupun prospecting dari seorang networker
yang sudah bergelar jutawan dalam beberapa syarikat network marketing dan kini beliau pula merupakan pengasas bagi sebuah
syarikat network marketing itu
sendiri. Sebenarnya, jika dilihat dari aspek yang lebih luas, skil dan ilmu prospecting ini juga boleh diimplemenkan
dan konteks perniagaan konvensional. Kita perlu gunakan pendekatan yang berbeza
bergantung pada situasi, namun asas-asas prospecting
harus ada.
Sebelum pulang, sempat juga saya berkongsi kepada mereka
tentang keenakan Serunding Ikan Bilis NIKMAT dan kuih Simpul Kaseh yang
berintikan Serunding Ikan Bilis NIKMAT.
0 comments:
Post a Comment