Hai
dan salam sejahtera.
Berbicara mengenai topik hari ni, “Kenal dulu, baru
cinta”. Wah..gaya dah macam nak jiwang
karat fantasia cinta teragung je kan.
Ok, nak tanya. Berapa ramai yang bercinta tanpa kenal dulu?
Bercinta terus tanpa tahu latar belakang, at least tahu nama dulu. Atau at least tahu dia bujang ke dah kahwin
kan? Takkan la main hentam saja nak bercinta or kahwin pun. Hihi. Kenal
itu penting. Bak kata pepatah, “tak kenal maka tak cinta”. Yang ni percintaan
sesama manusia. Lelaki perempuan.
Tapi konsep sama juga diguna pakai dalam
membeli barang atau perkhidmatan. Laaa...yela. Takkan beli barang dan
perkhidmatan sebab terpaksa (walaupun ada beberapa yang memang terpaksa rela
beli), kita beli barang dan perkhidmatan sebab kita suka dan jatuh cinta
padanya.
Yang korang tangkap lentok feeling
ni biasanya barangan dan perkhidmatan jangka masa panjang la macam gadget, motosikal, kereta, dan
sebagainya.
Sampai namakan barang tu Nelydia Senrose la, Mia la, Ersalina la.
Dalam hati ada taman jugak rupanya. Hihi~
Mungkin
dalam membeli barangan dan perkhidmatan yang melibatkan nilai ringgit yang
tinggi ni korang semua berfikir panjang jugak nak kenal benda ni semua. Bagus, thumbs up! Tapi bagi barangan dan
perkhidmatan yang kecil serta murah macam makanan, peralatan dapur, dan
sebagainya korang semua ambil mudah sahaja.
Jangan lupa, hakikatnya dan
sepatutnya daripada barangan dan perkhidmatan yang kecil inilah korang semua
patut belajar nak kenal agar mencapai kepuasan yang diinginkan dalam penggunaan
korang. Barulah rasa puas dan berbaloi-baloi dalam menjalani kehidupan sebagai
pengguna.
Pengguna?
Siapa pengguna? Pengguna adalah kita. Dan kita adalah pengguna.
Pengguna ada 8
hak dalam pasaran. Tapi aku pasti. Majoriti kita semua hanya tahu satu hak je.
Iaitu HAK UNTUK MENDAPATKAN GANTI RUGI. Dan aku bukan nak tulis entri ni nak
bagi korang satu buku nota kuliah tentang pengguna. Haha~:D
Selain dari hak
yang korang tahu ni, ada 7 hak lagi. Dan salah satunya adalah HAK UNTUK
MENDAPATKAN MAKLUMAT. Itulah yang aku cuba nak sampaikan apabila korang patut
kenal dulu, baru cinta barangan dan perkhidmatan dalam pasaran.
Aku
bagi korang satu situasi. Paling mudah. Beli ikan sardin dalam tin.
“Woww!
Nampak sedap pulak ikan sardin King Cup
ni. Masak dengan bawang besar banyak-banyak makan dengan nasi yang masih panas.
Sedap gile weyh!!”
Kemudian
capai tin sardin tu masuk dalam bakul, dan bayar. Sampai je kat rumah, baru
perasan tarikh luput (dah expired),
tin kemek. Barulah menggelabah pergi buat report
dan sebagainya.
Haa...ni namanya cinta itu buta dan membuta tuli. Bayangkan
lagi situasi lagi kalau korang beli kereta atau rumah. Kalau tak kenal dulu apa
akan jadi? Jangan risau nak bertanyakan soalan kalau tak faham dan tak tahu.
Tanya je. Ingat, HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT. Tak dapat maklumat yang kita
nak, tanya pak cik Google. Siasat dulu latar belakang barangan dan perkhidmatan
yang kita nak, kemudian baru fikir langkah seterusnya.
Apa? Buang masa? Takpe
buang masa sekarang, daripada buang masa dan buat duit nak buat report, saman
dan sebagainya kalau dah kena tipu nanti. Jangan sampai dah terhantuk baru
tergadah. Jumpa peniaga tak jujur kang, mau menangis sebulan dibuatnya.
Menangis takpe lagi. Kalau sakit? Haa..
Kisah-kisah
tak nak kenal dari dulu lagi dah banyak terjadi. Sebab tak kenal lah ramai
terjerumus dengan Gores dan Menang, Skim Cepat Kaya, MLM dan mati sebab
keracunan makanan. Jangan menyumbang kepada yang banyak tu. Tak tahu tanya.
Kalau tak bertanya, sesat jalan.
Selamat
berkenalan dengan barangan dan perkhidmatan kegemaran anda.
Semoga berbahagia
^^,
*Nota kaki (pada label makanan):
BEST BEFORE-Masih boleh guna selepas
tarikh yang dinyatakan tapi kualiti tidak sebaik sebelum tarikh.
USE BY-Tidak boleh digunakan selepas
tarikh yang dinyatakan. Rosak. (Effect
kepada kesihatan).
Written
by Lydia
She holds a Bachelor in Consumer Study (Minor in
Advocacy and Consumer Education) at Universiti
Putra Malaysia and currently pursuing her study.
0 comments:
Post a Comment