Sesi pengenalan ringkas oleh Tuan Zaidi Hassan dan
pasangan beliau, Puan Maza Asma dalam program Tatih Jutawan lepas sedikit sebanyak
telah memberikan inspirasi dan semangat kepada saya. Walaupun hanya berucap dalam
waktu yang singkat; sekadar memperkenalkan diri. Namun, beliau telah ‘bongkarkan’
satu rahsia kejayaan beliau dalam Shugarholic Confectionery.
Tiruvasi.
Ya. Kita harus menjadi pakar tiruvasi untuk berjaya!
TIRUVASI = TIRU + INOVASI

Kenapa mereka berjaya? Kerana mereka telah menemukan cara
yang betul setelah melanggar banyak ‘dinding kegagalan’. Oleh itu, kita harus
tiru cara yang betul tersebut dan sebolehnya elak ‘dinding-dinding kegagalan’
yang boleh melambatkan kejayaan kita.
Dalam konteks perniagaan pula, tiruvasi yang bagus adalah
bila kita dapat menambah baik produk atau perkhidmatan kita dengan berpandukan
perniagaan yang telah berjaya. Jangan mengambil copyrighted material bulat-bulat, sebaliknya ambil idea yang bagus
sahaja dan aplikasikan dalam perniagaan anda.
Mungkin kita boleh mula meniruvasi tiga elemen ini dahulu.
3 TIPS UNTUK TIRUVASI
1. Strategi Pemasaran
.jpg)
Anda lihat pula kepada produk anda. Adakah sesuai pendekatan
tersebut dengan produk anda. Apa yang perlu anda buat adalah tiru strategi
tersebut dan inovasikannya supaya produk atau perkhidmatan anda lebih baik.
Kebanyakan pelanggan tidak akan menukar sesuatu produk melainkan mereka ada
sebab yang kuat seperti harga atau kualiti. Dengan melakukan sedikit tiruvasi,
anda boleh pegang pasaran.
2. Sistem
Setiap perniagaan yang berjaya ada sistemnya yang
tersendiri. Bagaimana pula dengan sistem perniagaan anda?
Jika anda belum ada sistem yang mapan, ini masanya untuk
anda tiruvasi sistem yang telah terbukti berjaya dan implemenkan ke dalam
perniagaan anda. Pastikan anda meniru secara spesifik program atau sistem
perniagaan yang telah terbukti berkesan. Anda juga boleh bertanya pada mentor
anda tentang sistem yang telah mereka gunakan dari aspek pengurusan bisnes,
pemasaran, perakaunan, penjenamaan, ataupun sistem secara keseluruhannya. Mentor anda juga orang yang yang berjaya, jadi tak salah untuk anda meniru mereka.
3. Personaliti
.jpg)
Usahawan yang berjaya juga mempunya beberapa sikap yang
hampir sama. Mari kita lihat beberapa sikap tersebut.
- Menetapkan matlamat yang jelas.
- Yakin dan bertanggungjawab dalam tindakan yang diambil.
- Berfikir di luar kotak.
- Berani untuk mengambil keputusan.
- Bertanya kepada mereka yang telah berjaya dalam line of business yang sama. .
SIAPA MODEL ANDA?
Semoga sedikit perkongsian saya ini dapat membantu anda
untuk meniruvasi kejayaan orang lain. Jadikan kejayaan mereka sebagai inspirasi
untuk kita teruskan perjuangan. Orang yang telah berjaya adalah model yang
paling sesuai untuk ditiru.
Oleh itu, tiru sahaja apa yang mereka lakukan.Orang berjaya
tidak akan buat kerja yang gagal kerana mereka telah berjaya melakukan kejayaan
itu.
nice tips :)
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga bermanfaat.
Deleteterima kasih perkongsian yang berguna
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih :)
ReplyDelete