Kita habis kerja dalam pukul lima petang dan terpaksa pula mengharungi kesesakan jalan raya selama sejam ke dua jam. Ditambah pula dengan penat kerja seharian. Sampai saja di rumah terus saja perut berkeroncong minta diisi. Kita pun melangkah ke dapur dengan harapan ada sedikit nasi sejuk dan lebihan lauk sarapan pagi tadi.
HAMPA
Hanya ada
sedikit nasi sejuk dalam periuk. Nak memasak tapi penat bekerja dan memandu
tadi masih tak hilang lagi. Lalu, dengan rasa malasnya kita pun terpaksalah bersiap-siap
untuk ke kedai makan yang berhampiran. Waktu ini, roti canai sekeping pun tiada
masalah asalkan pesanan kita cepat siap. Sedap dan berkhasiat, bukan lagi
keutamaan anda. Yang penting ianya dapat mengisi perut anda secepat mungkin.
ANDA PERNAH MENGALAMI SITUASI INI?
Sebenarnya perkara ini sudah menjadi normal di kalangan rakyat Malaysia. Khususnya bagi anda yang bekerja mengikut waktu pejabat. Tambahan pula, jika anda pasangan suami isteri yang bekerja.
Anda dalam keadaan yang penat bekerja, sebolehnya anda ingin berehat santai saja di rumah sambil menonton ulangan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Kami faham
masalah anda.
Oleh itu,
kami berusaha untuk menyelesaikan masalah anda dengan menghasilkan SerundingIkan Bilis NIKMAT yang mana mungkin sedikit sebanyak ianya dapat membantu.
APAKAH CARANYA?
Mudah saja.
Anda hanya perlu panaskan nasi dan tambahkan Serunding Ikan Bilis NIKMAT bagi menggantikan
lauk. Anda akan mendapat hidangan yang sedap dan mengenyangkan. Jika anda
inginkan lebih kick, boleh juga
tambahkan scramble egg ke dalam
hidangan tadi.
Bagaimana
dengan anda?
nampak sedap serundingnye..
ReplyDeleteMemang sedap. Hehe
DeleteHehe..serunding...satu penyelesaian kepada masalah ni..
ReplyDeleteMacam pernah kena je situasi macam ni.. Hehe
Delete