Pernahkah
anda ditimpa pelbagai masalah, kekangan, dan segala unsur negatif hingga membuatkan semangat anda jatuh?
Semangat kita umpama bateri telefon, kita perlu recharge dari semasa ke semasa supaya ianya tak mati.
BIAWAK DAN SNIOP
Seperti yang
kita tahu, unsur negatif lebih mudah untuk mempengaruhi sikap dan semangat
kita. Ditambah pula jika ada ‘kawan-kawan’ di sekeliling kita yang susah untuk
melihat kita senang, dan senang untuk melihat kita susah.
Dr. Azizan Osman
sering menggelarkan mereka sebagai biawak yang akan ‘menjelirkan’ lidah dan
sentiasa mencari peluang untuk mengumpat kita sama ada kita berjaya atau gagal. Dato’ Aziz Samad pula menggelarkan golongan ini sebagai SNIOP (Syndrom of
Negative Influence Other People).
Ramai
dari kita yang masih melakukan kesilapan yang sama iaitu apabila berdepan
dengan masalah kita sering mengadu pada ‘kawan-kawan’ tadi.
“Dulu
lagi aku dah kata, kau tak nak percaya. Kau mesti tak boleh nak buat. Bukan
semua orang boleh berjaya.”
Ini adalah ‘skema’
jawapan yang kita akan dengar. Oleh itu, saya ingin kongsikan beberapa tips
yang sering dilakukan oleh orang-orang yang berjaya. Jika anda katakan orang
berjaya semangatnya tak pernah turun, anda silap. Mereka juga manusia biasa seperti
kita yang ada masalah mereka sendiri dan ada waktunya mereka juga akan rasa
tiada semangat. Namun bagaimana cara mereka mengatasinya yang membezakan antara
kita dan orang yang berjaya.
Anda sudah
bersedia? Mari kita telusuri apakah tips-tips tersebut.
1) BERJUMPA DENGAN ORANG-ORANG YANG POSITIF
Jika
orang yang negatif boleh mempengaruhi semangat anda secara negatif, mengapa
anda tidak berjumpa dengan orang yang positif? Mudah bukan. Mungkin anda tidak
tahu siapa kawan-kawan anda yang positif. Oleh itu, anda juga boleh berjumpa
orang-orang yang telah berjaya.
Anda kena
ingat, orang yang berjaya mempunyai motivasi yang kuat dan sebenarnya mereka
berbesar hati untuk berkongsi dengan anda.
Sebab itulah, anda perlukan mentor dari orang-orang yang telah berjaya kerana jika bila semangat anda jatuh saja, terus berjumpa dengan mentor anda.
Sebab itulah, anda perlukan mentor dari orang-orang yang telah berjaya kerana jika bila semangat anda jatuh saja, terus berjumpa dengan mentor anda.
Melalui
pengalaman saya, hanya setengah jam anda bersama dengan orang yang berjaya
sudah cukup untuk anda menaikkan semula semangat anda.
2) LIHAT KEMBALI MATLAMAT ANDA
“Orang
berjaya fokus pada matlamat, manakala orang yang gagal fokus pada masalah.”
Ini
adalah kata-kata yang saya petik dari Dato’ Aziz Samad. Maksudnya sangat
mendalam bagi anda yang boleh memahaminya.
Sebab
itu, perkara pertama yang dilakukan oleh orang-orang yang berjaya adalah menetapkan
matlamat.
Oleh itu, penting untuk anda untuk menetapkan dengan cara yang betul
supaya ianya boleh menjadi panduan dan motivasi kepada anda di saat semangat
anda jatuh.
Dr.
Azizan Osman juga menerapakan impian atau matlamat dalam formula M.E.S.T.I yang
diperkenalkan dalam buku dan siri-siri ceramah beliau. Jadi, mengapa kita tidak
mengikut jejak langkah mereka?
6 TipsMenetapkan Matlamat ini mungkin boleh membantu anda.
3) BERCUTI DAN SUSUN SEMULA STRATEGI ANDA
Anda
sudah melakukan sebaik mungkin untuk mengembangkan perniagaan atau pekerjaan
anda, namun hasilnya tidak berapa memberangsangakan. Tak kurang juga ada yang menemui
jalan buntu.
Ambil
masa anda dan pergilah bercuti. Rehatkan minda anda seketika dan susun semula
strategi dengan persekitaran yang lebih santai. Semoga anda akan kembali dengan
semangat yang baru dan strategi yang lebih bernas dan berkesan.
KITA YANG KAWAL SEMANGAT KITA
Kita
tidak dapat mengawal external problems
tapi sekurangnya kita dapat mengeksploitasi internal
problems iaitu semangat kita. Oleh itu, jangan biarkan semangat anda terus
menurun dan merudum. Diharap perkongsian saya dapat membantu anda untuk recharge semangat anda supaya tidak
terus luntur.
Ada sesetengah masalah, elok dipendamkan sahaja. Kadang-kadang, ada kawan yang bukan nak naikkan semangat, bagi jatuhkan lagi ada lah. Hehe
ReplyDeleteBetul tu. Kena pandai pilih kawan untuk kita luahkan masalah. Hehe
Deletesetuju.. kalau bergaul dengan orang yang positif, insyaallah perasaan down tu jadi neutral..lama lama akan jadi positif kembali (macam belajar kimia lak)
ReplyDeleteDah macam dipole-dipole interaction pulak. Hehe
Deleterecharge semula yeah yeah yeah! perasaan up down tu dah jadi kebiasaan, tapi yang selalunya down, haha.. bab pilih kawan bergaul tu penting. :)
ReplyDeleteMemang benda negatif ni senang nak berjangkit. Sebab tu kita selalunya down. Hehe
DeleteTerima kasih bro kongsikan..selalu la rasa menda ni..tapi bila bab nak pulihkan balik tu..rasa semacam jer..hehe
ReplyDeleteSama-sama. Semoga bermanfaat. Hehe
Delete