HIDUP TANPA AIR
Sudah sebulan lebih masalah air melanda kampung. Adakah
ujian ini membuatkan kita lebih berfikir ataupun sekadar sibuk menyalahkan orang
lain? Mungkin di saat kita sibuk mengeluh, ada pihak-pihak yang
bertungkus-lumus menyelesaikan masalah ini
dan ada juga individu-individu yang sudah mula memikirkan alternatif
untuk mengurangkan masalah ini.
Krisis air yang panjang ini mengingatkan saya pada sebuah
rancangan yang disiarkan oleh KBS World bertajuk Real Experience Project : The
Human Condition. Rancangan ini adalah sebuah pilot program yang menampilkan pelbagai kisah yang terpaksa dilalui
oleh enam orang komedian apabila mereka terpaksa menjalani kehidupan seharian
tanpa keperluan asas.
20 LITER SEHARI?!
Kesemua mereka akan ditempatkan di sebuah rumah selama tujuh
hari tanpa keperluan asas tertentu seperti telefon bimbit, internet dan
elektrik. Perkara-perkara ini sangat penting dalam kehidupan moden ketika ini. Bagi
episod ini, misi mereka adalah untuk hidup tanpa air selama seminggu.
Segala pengalaman mereka akan dikongsikan dalam rancangan ini terutamanya tentang perubahan gaya hidup yang mendadak dan sikap mereka bila mana nikmat air ‘ditarik’ seketika.
Segala pengalaman mereka akan dikongsikan dalam rancangan ini terutamanya tentang perubahan gaya hidup yang mendadak dan sikap mereka bila mana nikmat air ‘ditarik’ seketika.
Mereka diberi 20 liter air sehari dan harus melakukan
aktiviti harian dengan jumlah tersebut. Bayangkan anda perlu mandi, basuh baju,
memasak, dan sebagainya dengan hanya 20 liter air! Anda harus menonton
rancangan tersebut untuk mendapat idea tentang survival mereka dalam keadaan
tersebut selama seminggu. Anda boleh aplikasikan teknik mereka dalam kehidupan
seharian. Berbaloi untuk ditonton.
3 LANGKAH PENJIMATAN AIR
Anda juga boleh melakukan penjimatan anda sendiri. Di sini saya kongsikan beberapa langkah mudah yang boleh kita amalkan untuk menjimatkan air. Segalanya bermula dari diri anda sendiri.
Anda juga boleh melakukan penjimatan anda sendiri. Di sini saya kongsikan beberapa langkah mudah yang boleh kita amalkan untuk menjimatkan air. Segalanya bermula dari diri anda sendiri.
1.
Tandas
Gunakan
tandas yang mempunyai keupayan flushing
atau curahan yang rendah (6 liter atau kurang). Ataupun ada boleh letak sebotol
air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah. Seeloknya,
kurangkan flushing dalam sehari.
Kurangkan
‘berasap’ ketika di dalam tandas.
Sekali-sekala,
letakkan pewarna ke dalam tangki curahan. Periksa kebocoran dengan melihat jika
terdapat air berwarna yang meleleh keluar selepas anda flush.
2.
Bilik Mandi
Kurangkan
masa mandian dan tutup pancuran ketika bersabun. Seeloknya gunakan sabun
organik kerana buihnya kurang dan mudah untuk dibilas.
Jangan
biarkan air mengalir ketika sedang memberus gigi. Penting.
3.
Dapur
Jangan gunakan air yang mengalir untuk
mencuci pinggan dan mangkuk sebaliknya gunakan air yang ditadahkan di dalam
sinki. Cuci sayuran, buah-buahan dan makanan di dalam sinki
atau bekas yang berisi air untuk elakkan air mengalir.
Air dari basuhan sayuran atau beras
boleh digunakan untuk menyiram tanaman di sekitar rumah.
Selain itu, pastikan mesin basuh
penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan jumlah air yang sama
walaupun pakaian yang dibasuh hanya sedikit sahaja.
SISTEM PENGUMPULAN HUJAN
Anda juga boleh mengurangkan bil air
dengan mengumpul air hujan bagi kegunaan luar seperti untuk menyiram tanaman
dan membasuh kereta. Bermacam cara dan teknik yang disediakan untuk kita
menghasilkan mekanisme yang dapat mengumpul air hujan untuk kegunaan domestik.
Sistem pengumpulan air hujan yang
dipasang di rumah memang sangat membantu. Sebagai contoh, anda boleh lihat di
sini untuk mengetahui cara mudah membina sistem pengumpulan air hujan yang
boleh diaplikasikan di rumah anda.
Selamat mencuba!
Tak dapat bayangkan kalau hidup tanpa air dalam masa yang lama. Hmmm
ReplyDeleteIkhlas,
profhariz.com
Peringkat awal memang susah. Terpaksa seharian berpanas menunggu lori air di tepi jalan. Tapi, semenjak minggu lepas, kerajaan negeri sudah membuat catuan air selang 2 hari.
DeleteAlhamdulillah, walaupun bukan setiap hari ada air tapi tidaklah lagi perlu berpanas menunggu lori air.