KITA BUKANNYA GAGAL
"Kenapa saya susah untuk berjaya dan sering saja gagal?"
Saya masih ingat ketika itu saya masih aktif dalam network marketing. Kira-kira dalam tiga tahun lepas. Saya pernah menanyakan soalan ini kepada seorang mentor saya dalam bidang perniagaan. Kini beliau bergiat aktif dalam bidang motivasi di Melaka.
"Kenapa saya susah untuk berjaya dan sering saja gagal?"
Saya masih ingat ketika itu saya masih aktif dalam network marketing. Kira-kira dalam tiga tahun lepas. Saya pernah menanyakan soalan ini kepada seorang mentor saya dalam bidang perniagaan. Kini beliau bergiat aktif dalam bidang motivasi di Melaka.
Saya datang
kepada beliau dan bertanya di manakah kesilapan yang saya lakukan dan apa
solusi kepada permasalahan tersebut. Kemudian, dengan tenang beliau menjawab,
“Kita
semuanya bukannya tidak berjaya ataupun gagal, sebalknya kita hanya belum
berjaya.”
Terkesima
saya dengan jawapan ringkas beliau. Sebelum sempat saya mempersoalkan jawapan
tersebut, terus saja beliau menyambung sambil tangannya mencapai sehelai tisu di
atas meja (ketika itu kami di restoran) lalu memegang kemas pen yang memang
sentiasa ada di dalam kocek baju beliau. Sedia untuk menulis sesuatu.
BULATAN KEJAYAAN
Dengan
berhati-hati, beliau melakarkan sebuah bulatan ringkas yang agak herot namun
cukup untuk menggambarkan bahawa itu adalah sebuah bulatan. Bulatan itu
kemudiannya dilorekkan sedikit.
Beliau
menyambung kembali ucapannya sambil hujung mata pena diletakkan di titik tengah
bulatan itu,
“Kita
anggapkan bulatan ini adalah usaha dan rintangan kita untuk berjaya. Manakala, ruang
kosong di luar bulatan ini adalah kejayaan kita yang mana garisan bulatan ini
adalah sempadannya.”
Saya
mengangguk bisu untuk mengiyakan pernyataan beliau walaupun masih lagi kabur dengan maksud beliau.
“Kita
andaikan segala usaha kita ke arah kejayaan umpama melakar garisan dari titik
tengah bulatan ke ruang luar yang kosong itu. Mudah bukan. Tapi bayangkan jika
kita berhenti di tengah-tengah ketika sedang melakar garisan ini. Adakah kita
akan beroleh kejayaan?” Soal beliau penuh makna.
Saya pun
menggeleng kepala sebagai tanda menjawab persoalan beliau. Beliau menambah
lagi,
“Begitulah
juga dengan kita sebagai manusia. Kita bukan seorang yang gagal tapi sebenarnya
kita masih lagi dalam perjalanan untuk menuju kejayaan. Ada manusia yang
garisannya sudah terlalu hampir untuk keluar ke ruang kejayaan tapi sayangnya
dia berhenti di pertengahan jalan. Kuncinya di sini kita harus konsisten dalam
usaha kita membina kejayaan”
NIKMAT KEJAYAAN
“Kita jangan
cemburu dengan orang lain yang sudah berjaya hanya dengan sedikit usaha.
Mungkin bulatan yang orang itu lalui lebih kecil dari bulatan kita. Tapi ingat,
semakin besar bulatan yang kita lalui, semakin manis nikmat yang kita akan rasa
bila kita berjaya nanti, dan untuk kita memulakan bulatan baru pun sudah tiada
masalah kerana banyak ilmu yang kita kutip sepanjang melakar garisan di bulatan
yang pertama itu.”
“Apa yang
penting di sini, kita hanya perlu fokus dan konsisten untuk keluar dari bulatan
pertama. Setelah itu kita akan lihat segalanya seolah menjadi lebih mudah.”
Terima kasih untuk perkongsian motivasi dan inspirasi ini.
ReplyDeleteIkhlas,
profhariz.com
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat. InsyaAllah
DeleteAssalamualaikum Tuan afandi Othman, wah motivasi yang bagus sekali. Tahniah!
ReplyDeleteOh ya, salam ukhwah.
Salam ukhwah.
DeleteTerima kasih kembali.
bagus motivasi ini..terima kasih kerana berkongsi dan teruskan memberi inspirasi. :)
ReplyDeleteTerima kasih kembali.
Deletesebab saya malas, haha xD satu perkongsian yang bagus ni bro, boleh jadi bahan renungan.. peace!
ReplyDeleteMemang malas ni susah nak buang. Saya pun malas nak buang perasaan malas ni. Hehe
Delete