Secara ringkasnya, Selawat Perdana yang diadakan semalam
merupakan kali kedua saya berada dalam majlis
maulud seperti ini. Ia juga rentetan dari malam cinta rasul yang
diadakan di Masjid Besi, Putrajaya dua minggu sebelum Selawat Perdana ini. Cuma
kali ini, liputannya lebih meluas dan saya melihat lautan manusia
yang turut sama bermaulid pada malam ini.
Saya dan Faiz bergerak tiba di kawasan masjid dalam pukul
enam petang dan kami terpaksa meletakkan kereta di belakang bangunan kastam
Putrajaya kerana jalan untuk ke masjid tersebut ditutup. Kehadiran kami disambut
dengan senyuman oleh penyambut tetamu dan kami diberikan sebotol air
mineral 500ml, sekeping sejadah, senaskah Yaasin, dan senaskah bacaan selawat.
Sepanjang perjalanan kami ke arah masjid yang jaraknya
hampir 500meter, kami melihat kanan dan kiri ada gerai-gerai menjual makanan,
pakaian, dan sebagainya. Sebelum masuk ke perkarangan masjid untuk bersiap-siap
untuk solat maghrib, kami bergambar berlatarbelakangkan masjid Putrajaya.
Sempat juga kami berlagak seperti pelancong luar. Kononnya supaya orang
disekitar tidak pelik melihat lagak kami
yang seolah-olah pertama kali sampai ke sini.
Majlis alunan selawat dan qasidah bermula selepas solat
Isyak yang mana kami dibimbing oleh Habib Syeich Bin Abdul Qodir Assegaf.
Antara qasidah yang kami alunkan adalah Ya Hanana, Madad, Padang Bulan dan
sebagainya. Meremang juga bulu roma bila satu himpunan manusia bersatu dalam mengalunkan selawat kepada Rasul. Perasaannya sukar di gambarkan dan anda hanya
akan tahu bila turut sama dalam majlis ini.
Malam ini juga kami sama-sama menadah tangan memohon
keampunan dan keselamatan terutamanya pada penumpang dan anak kapal MH370.
Semoga mereka selamat dan misteri MH370 ini dapat dirungkaikan dengan segera.
Saya juga agak tersentak semasa bacaan doa oleh Habib Syeich yang mana beliau memohon supaya Malaysia sentiasa dalam keselamatan dan dihindarkan dari fitnah.
Saya juga agak tersentak semasa bacaan doa oleh Habib Syeich yang mana beliau memohon supaya Malaysia sentiasa dalam keselamatan dan dihindarkan dari fitnah.
Beliau mengulang-ngulang doa tersebut dengan penuh
pengharapan bagaikan ada suatu benda berat yang akan berlaku di Tanah Melayu
ini. Mungkin itu cuma fikiran liar saya sahaja dan harap-harap kita sentiasa
berada dalam keadaan yang aman. Apa yang boleh saya kata, majlis malam ini berjalan
dengan lancar dan berakhir pun dengan lancar.
Jika ditanya pendapat dan komen saya, tentu saja saya akan kata ianya sangat bagus dan berharap majlis seperti ini perlu diadakan lagi.
Jika ditanya pendapat dan komen saya, tentu saja saya akan kata ianya sangat bagus dan berharap majlis seperti ini perlu diadakan lagi.
salam singgah. saya pun dapat rasa getarnya. walaupun menonton di TV Al-Hijrah sahaja tetapi jwa dan perasaan ni seolah-olah ada kat Putrajaya. masyaAllah. indah sungguh majlis membesarkan Allah dan Nabi Muhammad SAW
ReplyDeleteSalam.
DeleteMemang meremang bulu roma. Hehe
indah..., terima kasih singgah blog saya
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteSatu usaha yang baik :)
ReplyDeleteIkhlas,
profhariz.com
Betul tu bro. Semoga penganjur program ini sentiasa diberkati.
Deletebertuah siapa yang dapat pergi. ;)
ReplyDeleteMemang best. hehe
DeleteTahniah!, pengalaman yang menarik tu...jom berselawat!.
ReplyDeleteTerima kasih tuan.. jom berselawat!
Delete