Mengikut kajian kita akan percaya
jika sesuatu fakta atau perkara itu disertakan dengan perkataan ‘mengikut kajian’.
MENYOKONG HUJAH
Kita pasti
biasa membaca artikel-artikel di internet yang kadang-kala hujahannya
diperkuatkan dengan kajian-kajian serta penemuan-penemuan saintifik. Banyak
kajian yang telah dilakukan dalam pelbagai bidang antaranya kesihatan, komunikasi,
kecantikan, kehidupan, perbezaan jantina, dan sebagainya. Namun, adakah anda
pasti kajian tersebut benar-benar dilakukan?
Bukan niat saya untuk mempersoalkan kajian mereka ataupun mereka yang menyandarkan pada
kajian tersebut. Persoalan saya adalah kita mudah mempercayai sesuatu perkara
jika ianya disertakan sekali dengan ‘mengikut kajian’ dan ‘kajian menunjukkan’. Anda setuju?
“Kajian menunjukkan perempuan mudah untuk mempercayai orang yang mereka kenal di alam maya seperti Facebook berbanding orang yang mereka kenal secara realiti.”
"Anda lebih mudah untuk mendapatkan bantuan dari orang-orang yang merendah diri berbanding dengan orang-orang yang lebih sombong.”
Antara dua premis di atas, yang mana lebih meyakinkan anda? Kebanyakan dari kita akan memilih premis pertama kerana ianya disertai dengan 'kajian'. Namun, tahukah anda bahawa premis kedua adalah hasil kajian yang benar-benar dilakukan di Universiti Baylor, Texas? Manakala, premis pertama adalah palsu.
YANG MANA BENAR?
Di sini saya
sertakan beberapa pernyataan yang saya ambil dari beberapa artikel dan
pernyataan yang saya reka sendiri. Sedikit latihan untuk anda. Cuba anda
kenalpasti premis mana yang benar-benar hasil kajian atau sekadar rekaan saya
saja.
2. “Mengikut
kajian sains, ketawa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit jika dibuat mengikut
kesesuaiannya.”
3. “Mengikut
kajian perempuan lebih suka berbelanja berbanding lelaki.”
4. “Mengikut
kajian yang dijalankan dijalankan di Toronto, Kanada, lelaki cenderung untuk
bersesak menggunakan lif berbanding tangga walaupun hanya untuk naik satu
tingkat sahaja.”
5. “Menurut
kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas, kecantikan dan kebahagiaan adalah
berkait rapat antara satu sama lain.”
6. “Melalui
satu kajian yang dibuat selepas perang dunia kedua, didapati bahawa askar
Amerika yang kurang kecergasan ialah seramai 50%.”
7. “Golongan
yang berumur 65 tahun ke atas dan gemar meminum minuman beralkohol pada kadar
yang sederhana dapat memanjangkan jangka hayat kira-kira dua tahun lebih lama
berbanding mereka yang tidak mengambil minuman beralkohol menurut kajian yang
dijalankan di Amerika Syarikat.”
8. “Mengikut
kajian saintifik, madu yang disimpan dalam jangkamasa yang lama akan
menghasilkan antioksidan yang tinggi bagi menghindari kanser.”
9. “Mengikut kajian dalam sehari wanita akan
mengeluarkan 7 ribu hinga 8 ribu patah perkataan. Manakala lelaki pula hanya
mengeluarkan 2 ribu hingga 3 ribu patah perkataan sehari.”
'KAJIAN' KITA SENDIRI
Bagaimana?
Dapatkah anda kenalpasti premis yang manakah benar? Untuk membantu anda, saya
akan beri satu tips iaitu lima dari sembilan pernyataan di atas adalah benar.
Selebihnya adalah sekadar rekaan yang saya hasilkan kurang dari dua minit.
Mungkin ada yang dapat mengesan premis yang manakah benar namun jika anda tidak
dapat membezakannya, jangan risau. Perkara ini adalah normal.
Perkara ini
juga membuatkan saya terfikir. Jika saya seorang peniaga barangan kecantikan,
kesihatan, pendidikan, makanan, mahupun apa sahaja produk, tentu saja saya
boleh hasilkan ‘kajian’ saya sendiri untuk menyokong produk yang pasarkan. Saya
yakin tentu ramai yang akan percaya dan menyokong propaganda yang saya jalankan.
Namun, saya tidak tergamak untuk melakukannya melainkan saya seorang opportunis yang bertunjangkan matlamat
menghalalkan cara.
KITA HARUS LEBIH PEKA
Senario ini
sebenarnya bukan boleh berlaku dalam aspek pemasaran produk sahaja, ianya boleh
berlaku dalam segala aspek kehidupan. Cuma mungkin saja kita yang tidak
perasan. Oleh itu, kita seharusnya lebih teliti dalam menapis segala maklumat
terutamanya di Facebook dan selidik terlebih dahulu maklumat yang ingin kita share.
Tapi, jangan
pula selepas ini anda menolak mentah-mentah sesuatu ‘kajian’. Apa yang ingin
saya sampaikan adalah kita harus lebih peka dalam menghadam sesuatu maklumat
kerana berdasarkan pengalaman saya yang sedikit ini, terlalu banyak kecurangan dalam
aspek informasi yang telah dan sedang berlaku. Kita pula seolah-oleh menyokong
perkara ini dengan menyebarkannya lagi.
Sudilah
kiranya anda kongsikan jawapan anda di ruangan komen di bawah. Mana tahu jika jawapan
anda tepat.
mengikut kajian mengikut kajian mengikut kajian, memang kita kena lebih peka dalam nak percaya sesuatu maklumat, ye tak? especially produk2 sekarang, ayat2 mmg hebat kebabomm, hehe. Apa-apa pun satu perkongsian yang bagus bro, boleh ingat mengingatkan :D
ReplyDeleteJangan pula lepas ini cik lisa buat 'kajian' sendiri untuk melariskan produk. Hehe.
Deletebiarpun dikatakan mengikut kajian tetapi kita tidak boleh mempercayainya 100%. Biasanya perkataan mengikut kajian ini sering digunakan untuk menjual produk kan :)
ReplyDeleteYa, selalunya begitu. Ironinya, kita memang susah hendak pastikan sesuatu 'kajian' itu benar atau tidak. Mungkin sebab itu ramai yang menggunakannya dalam ayat pemasaran mereka.
Deleteyang penting kita harus memastikan kesahihan sesuatu fakta itu terlebih dahulu melalui kajian kita sendiri (sama ada melalui pelbagai testimoni orang lain yang dipercayai atau fakta yang memang diiktiraf oleh badan-badan tertentu).. betapa besarnya pengaruh ayat "mengikut kajian" itu terhadap pemikiran kita..
ReplyDeleteSaya setuju, Tapi kadang-kadang saya pun malas nak semak semua fakta. Hehe
Deletekajian ad tp kt tak peka.. huhu
ReplyDeleteBetul tu. Lepas ni kita kenalah hati-hati sikit.
Deletenice sharing bro ;)
ReplyDeletetq2.. hehe
Deleteya... suatu yang bagi saya agak menyedihkan bila, ada di kalangan kita yang menggunakan ayat 'mengikut kajian' palsu dalam ayat pemasaran... lagi menyedihkan kerana ianya seperti 'berleluasa'... sedang nabi SAW dah pon pesan... jangan tipu timbangan dalam berniaga... jangan TIPU adalah asas berniaga... kenapa nak guna 'mengikut kajian' palsu... tak takut langsung dah...
ReplyDeleteBetul tu tuan. Kita perlu berhati-hati dan pandai menapis maklumat.
Deletesalam kenal salam ziarah
ReplyDeletesaya rasa, nombor 5 benar
Salam.
DeleteBetul! Satu markah.. Hehe
bila baca macam ni rasa macam buat thesis je zaman saya belajar universiti. Buat kajian semua. Sebelum kita menerima apa-apa berita yang diterima, kaji dulu sama ada ianya betul berdasarkan fakta ataupun bukan.
ReplyDeleteadarain.com
Haha. Tapi semua berita kita nak kena kaji leceh juga kadang-kadang.
Delete