MEMAYU HAYUNING BAWANA, AMBRASTA DUR HANGKARA
Seharusnya setiap manusia berusaha ke arah kesejahteraan seiring dengan usaha untuk membanteras segala ketamakan dan kerakusan. Suka saya mengupas falsafah jawa ini melalui konteks kita sebagai rakyat Malaysia supaya kita lebih terkesan. Semoga ktia dapat pencerahan dan pengajaran.
NEGARA YANG AMAN
Kita sedia
maklum bahawa Malaysia dikenali sebagai Negara yang aman dan hampir bebas dari
bencana alam. Jika dilihat dari aspek geografi, Malaysia bukan sebuah negara yang
bergunung-ganang seperti Kaukasus Utara dan Tajikistan dengan penduduk tiada
pilihan melainkan terpaksa tinggal di kawasan pergunungan yang berisiko tanah
runtuh. Negara kita juga jauh dari lingkaran api pasifik yang mana kerak
buminya pecah dan bergeser menyebabkan risiko untuk berlakunya gempa bumi sangat
tinggi.
Tambahan pula,
Malaysia dikurnia dengan pelbagai hasil bumi yang menjadi rebutan negara-negara
luar. Beruntung kita dilahirkan dan tinggal di Malayia. Namun, kita lupa tugas
kita sebagai tuan di tanah bertuah ini kerana terlalu rakus mengejar
pembangunan dunia dan memuja sistem kapitalis ciptaan Barat.
BENCANA ALAM
Dewasa ini,
banyak bencana yang melanda negara kita. Mungkin ujian untuk menilai
kebergantungan kita kepada Tuhan pencipta alam. Ataupun hukuman sebagai
peringatan untuk kita sedar. Setelah melalui beberapa siri tragedi tanah runtuh,
kita dikejutkan pula dengan banjir besar di beberapa daerah hingga memaksa
banyak pihak untuk turun menghulurkan bantauan.
Selepas itu,
kita terpaksa mengharungi musim kemarau yang agak panjang disertai dengan asap
jerebu yang semakin menyesakkan. Perubahan yang mendadak ini bagaikan memukul
kita dengan pelbagai pertanyaan. Apa sebenarnya yang berlaku dan di mana
silapnya?
MENGHALANG
KERAKUSAN
Kita lupa bahawa
terlalu banyak kemusnahan yang telah kita lakukan terutamanya pada alam. Mungkin
inilah caranya alam mengingatkan kita tentang kesederhanaan. Mungkin jgua
inilah waktunya untuk kita belajar mengawal nafsu serakah, ketamakan, dan
kerakusan kita dalam mencarik isi dunia demi kepentingan sendiri.
Terlalu banyak
yang tertindas sebenarnya.
Cuba kita
pandang dari sudut ekonomi. Kita akan lihat bagaimana sistem ekonomi kapitalis liar
ciplakan Barat ini mencengkam rakyat. Kita dijerat dengan dominasi korporat
swasta yang mana kuasanya menzalimi. Tanpa sedar sebenarnya kita menyokong
kezaliman tersebut lalu kita turut sama terhukum. Buktinya cukup banyak yang
mana akhirnya mewujudkan jurang ekonomi yang terlalu jauh.
Kita seharusnya
berusaha ke arah keselamatan, kesejahteraan dan keamanan. Kita juga harus
memerangi kepincangan yang berlaku sekian lama, Tidak perlu menjadi Jebat yang
derhaka menuntut bela. Cukup dengan kesedaran dan perubahan yang walaupun kecil
tapi berterusan. Mungkin perubahan inilah yang akan mencetus keharmonian ummah.
0 comments:
Post a Comment