Dewasa ini, banyak usahawan-usahawan baru yang muncul. Mungkin
atas faktor kos sara hidup yang meningkat dan semakin menekan. Maka, ramai yang
mengambil keputusan untuk menambah pendapatan melalui perniagaan sama ada melalui
produk mereka sendiri ataupun menjadi agen kepada produk lain.
Saya melihat perkara ini sebagai satu trend yang bagus
kerana ianya dapat memecahkan monopoli syarikat-syarikat besar dan memberikan
pengguna lebih pilihan dalam berbelanja. Namun, tidak semua usahawan ini mampu
untuk bertahan dalam bidang perniagaan kurang dalam masa dua tahun. Terdapat
pelbagai sebab kenapa perkara ini berlaku. Antaranya adalah kurangnya
pengalaman, tiada asas pengurusan wang, pemasaran yang tidak berkesan, tiada
saluran yang betul, dan pelbagai masalah lain.
ANDA BUKAN SUPERHERO
Di sini saya ingin kongsikan satu daripada pelbagai
kesilapan yang sering dilakukan oleh para usahawan di luar sana ataupun mungkin kita sendiri yang melakukannya, iaitu menjalankan perniagaan secara bersendirian. Mereka sendiri yang uruskan production,
marketing, logistic, financing, dan sebagainya.
Peringkat awal mungkin kita boleh uruskan kerana perniagaan
kita masih dalam skala yang kecil. Namun, bagaimana jika permintaan terhadap
produk kita semakin bertambah hingga di satu tahap kita tidak mampu untuk
melakukannya sendirian?
Bagaimana pula untuk kita promosi ataupun mengiklankan
produk kita? Kita kena tahu bahawa kadang-kala kos untuk create awareness
tentang produk kita lebih tinggi dari kos untuk menghasilkan produk tersebut.
Sebenarnya, ada satu rahsia untuk anda promosikan perniagaan
anda dengan cara yang sangat murah dan berkesan. Yang paling penting, ianya
boleh memberi impak kepada perniagaan anda.
BAGAIMANA CARANYA?
“If you want to go quickly, go alone. If you want to go far, go together.”
Ya. Rahsianya adalah berjemaah.
J.T. Foxx pernah berkongsi tentang 4 elemen penting yang
perlu ada dalam setiap perniagaan yang berjaya dan salah satunya adalah relationship
ataupun networking.
Alhamdulillah. Dalam program Tatih Jutawan, kami mengamalkan
konsep networking atau berjemaah walaupun kami mempunyai pelbagai produk dan
perniagaan. Suka untuk saya petik kembali kata-kata dari salah seorang peserta Tatih
Jutawan, Mustaqim Mahfar.
“Allah suka hamba-hambaNya
berjemaah dalam solat dan seterusnya apply konsep itu di tempat lain juga.
Dalam bisnes, acuan yang sama perlu dicorakkan. Bina team, bahagi-bahagikan task. Production, marketing, finance, admin dan lain-lain. Jangan buat kerja sorang-sorang. Be smart.”
Dalam bisnes, acuan yang sama perlu dicorakkan. Bina team, bahagi-bahagikan task. Production, marketing, finance, admin dan lain-lain. Jangan buat kerja sorang-sorang. Be smart.”
BERKONGSI ILMU DAN KEPAKARAN
Hari ini peserta Tatih Jutawan diberi penerangan yang mendalam tentang Business Model Canvas (BMC) oleh Tuan Shamsul Bahril aka The
Catalyst. Bagi anda yang tidak tahu tentang BMC, ianya adalah satu elemen dalam
satu set perancangan perniagaan yang kompleks iaitu Business Model Generation
(BMG). BMC bertindak sebagai satu interpretasi maklumat yang ringkas dan padat
tentang mekanisma perniagaan kita secara menyeluruh. Dan, BMC tidak hanya
dilakukan sekali, sebaliknya ianya harus dilakukan berulang-ulang kali hingga
kita dapat satu model perniagaan yang sempurna.
Seronoknya tentang program Tatih Jutawan ini
adalah ianya bukan semata-mata kelas teori sahaja. Kami terus apply ilmu BMC ke
dalam projek rasmi Tatih Jutawan yang akan berlangsung pada 21 Jun hingga 27 Jun
ini. Di sinilah kami dapat melihat bagaimana BMC itu berfungsi dan signifikannya terhadap perniagaan kami. Selain itu, kami dapat berjemaah dalam perniagaan yang
mana kami saling memberi idea dan pendapat bernas untuk projek tersebut.
KEBAIKAN NETWORKING DALAM PERNIAGAAN
Hasilnya, kami telah dapat merancang satu model yang
bakal memberi impak kepada perniagaan setiap peserta dan penjenamaan Tatih
Jutawan itu sendiri.
Kami telah mendapatkan booth yang banyak pada
harga yang murah, kos pemasaran yang dikongsi bersama, pembahagian tugas supaya
setiap perancangan dapat berjalan dengan lancar, capaian kepada pelanggan
berpotensi dengan lebih luas, dan suasana booth yang pastinya akan meriah
dengan pelbagai aktiviti serta boleh menjadi viral dalam media sosial.
Pastinya ia tidak boleh dilakukan jika kami
bergerak secara sendirian.
SIAPA KUMPULAN ANDA?
Itu kisah kami, Keluarga Tatih Jutawan. Bagaimana dengan
anda? Adakah anda sudah ada networking ataupun kumpulan perniagaan anda sendiri?
Jika belum, mungkin ini masanya untuk anda
mencari kumpulan tersebut. Dan, jika anda ingin melihat bagaimana kuatnya Keluarga Tatih
Jutawan ini, anda boleh berjumpa kami di SME Week nanti.