Petang Sabtu, 5 April lepas. Saya bersama seorang rakan pergi ke Al-Jenderami untuk merasai pengalaman berada di majlis Haul Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani. Kami mengetahui tentang majlis ini pun melalui seorang kawan yang saya kenal dalam Persatuan Silat Burung Rajawali Putih dan Gerak Pukulan Sekilat Malaysia. Kami yang pertama kali berada dalam majlis sebegini berasa sedikit canggung. Macam rusa masuk kampung pun ada.
KEINDAHANNYA MEMUKAU
Mana taknya. Kawan saya yang belum pernah ke Al-Jenderami
membayangkan tempatnya seperti sebuah surau. Sampai-sampai saja, tersergam
megah sebuah kompleks yang didalamnya terdapat masjid yang bertembok tinggi
dengan hiasannya yang sedikit lain dari masjid-masjid yang ada di sekitar
Selangor.
.jpg)
Kami tiba di masjid Al-Jenderami dalam pukul 4.30 petang dan
sempat sembahyang asar berjemaah. Usai solat asar, disambung pula dengan majlis
tahlil. Sebelum masuk waktu maghrib, kami berjalan-jalan di sekitar masjid
Al-Jenderami dan singgah melihat-lihat buku di kedai bersebelahan masjid dan
hajatnya ingin membeli makanan di pasar kecil bersebelahannya. Tapi, sayangnya
dompet kami dua-duanya ditinggalkan dalam kereta. Telan air liur sajalah
nampaknya.
KAMI DITAHAN!
Majlis Haul bermula selepas solat maghrib yang dimulai
dengan ceramah tentang sejarah hidup Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani dan teladan
yang kita boleh ambil dari kisah hidup beliau. Di samping ceramah tersebut,
diselitkan juga alunan qasidah dan selawat yang dipimpin oleh pelajar-pelajar
di sini.
Selesai ceramah, kami solat isyak berjemaah. Kami pun
bersiap-siap untuk pulang tapi belum sempat kami keluar dari perkarangan
masjid, kami ditahan.
.jpg)
Sambil makan, kami saling bertanyakan nama dan berborak
kosong. Rupa-rupanya saudara tersebut adalah salah seorang sukarelawan di sini.
Selesai makan. Dia mengajak kami untuk ke pejabat Al-Jendarami untuk mengenali
Al-Jenderami dengan lebih lanjut.
YAYASAN AL-JENDERAMI
Kami dibawa ke ruangan pameran yang terdapat di dalam
pejabat tersebut. Kami pun ditunjukkan kitab-kitab pengajian dan aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan oleh Yayasan Al-Jenderami. Rupanya, yayasan ini sudah ke
peringkat global aktivitinya. Banyak pengiktirafan dan penghargaan diterima
oleh yayasan ini dalam nusantara khususnya dan juga di peringkat antarabangsa.
.jpg)
Sampai di sini saja perkongsian saya. Bagi anda yang ingin
tahu lebih lanjut tentang Yayasan Al-Jenderami, boleh saja ke laman web
Al-Jenderami untuk anda melihat jadual aktiviti dan juga galeri gambar yang
disediakan.
Cantik masjid ni...thanks for sharing about Al-Jenderami
ReplyDelete=)
Sama2. Saya tak sangka dekat kawasan terpencil camtu ada kompleks yang gah. Hehe
DeleteMenarik pengalaman ni.. t kasih atas perkongsian Afandi.. saya pun baru tau..
ReplyDeleteSama2.. Memang menarik. Rasa nak pergi lagi lepas ni. hehe
Deletemenarik perkongsian pengalaman berkenaan Al-Jenderami ini.. :D
ReplyDeleteSebenarnya saya rasakan yayasan ini sangat tersusun. Mungkin kalau ada kesempatan lain saya ceritakan.
DeleteMashaAllah ramainya :)
ReplyDeleteIkhlas,
www.profhariz.com
Kalau ramai-ramai camni baru seronok kan. Hehe
Delete