Tuesday, 22 April 2014


Pernahkah anda ditimpa pelbagai masalah, kekangan, dan segala unsur negatif  hingga membuatkan semangat anda jatuh? Semangat kita umpama bateri telefon, kita perlu recharge dari semasa ke semasa supaya ianya tak mati.

BIAWAK DAN SNIOP

Seperti yang kita tahu, unsur negatif lebih mudah untuk mempengaruhi sikap dan semangat kita. Ditambah pula jika ada ‘kawan-kawan’ di sekeliling kita yang susah untuk melihat kita senang, dan senang untuk melihat kita susah. 

Dr. Azizan Osman sering menggelarkan mereka sebagai biawak yang akan ‘menjelirkan’ lidah dan sentiasa mencari peluang untuk mengumpat kita sama ada kita berjaya atau gagal. Dato’ Aziz Samad pula menggelarkan golongan ini sebagai SNIOP (Syndrom of Negative Influence Other People).

Ramai dari kita yang masih melakukan kesilapan yang sama iaitu apabila berdepan dengan masalah kita sering mengadu pada ‘kawan-kawan’ tadi.

“Dulu lagi aku dah kata, kau tak nak percaya. Kau mesti tak boleh nak buat. Bukan semua orang boleh berjaya.”

Ini adalah ‘skema’ jawapan yang kita akan dengar. Oleh itu, saya ingin kongsikan beberapa tips yang sering dilakukan oleh orang-orang yang berjaya. Jika anda katakan orang berjaya semangatnya tak pernah turun, anda silap. Mereka juga manusia biasa seperti kita yang ada masalah mereka sendiri dan ada waktunya mereka juga akan rasa tiada semangat. Namun bagaimana cara mereka mengatasinya yang membezakan antara kita dan orang yang berjaya.

Anda sudah bersedia? Mari kita telusuri apakah tips-tips tersebut.



1) BERJUMPA DENGAN ORANG-ORANG YANG POSITIF

Jika orang yang negatif boleh mempengaruhi semangat anda secara negatif, mengapa anda tidak berjumpa dengan orang yang positif? Mudah bukan. Mungkin anda tidak tahu siapa kawan-kawan anda yang positif. Oleh itu, anda juga boleh berjumpa orang-orang yang telah berjaya.

Anda kena ingat, orang yang berjaya mempunyai motivasi yang kuat dan sebenarnya mereka berbesar hati untuk berkongsi dengan anda. 

Sebab itulah, anda perlukan mentor dari orang-orang yang telah berjaya kerana jika bila semangat anda jatuh saja, terus berjumpa dengan mentor anda.



Melalui pengalaman saya, hanya setengah jam anda bersama dengan orang yang berjaya sudah cukup untuk anda menaikkan semula semangat anda.




2) LIHAT KEMBALI MATLAMAT ANDA

“Orang berjaya fokus pada matlamat, manakala orang yang gagal fokus pada masalah.”

Ini adalah kata-kata yang saya petik dari Dato’ Aziz Samad. Maksudnya sangat mendalam bagi anda yang boleh memahaminya.

Sebab itu, perkara pertama yang dilakukan oleh orang-orang yang berjaya adalah menetapkan matlamat. 

Oleh itu, penting untuk anda untuk menetapkan dengan cara yang betul supaya ianya boleh menjadi panduan dan motivasi kepada anda di saat semangat anda jatuh.

Dr. Azizan Osman juga menerapakan impian atau matlamat dalam formula M.E.S.T.I yang diperkenalkan dalam buku dan siri-siri ceramah beliau. Jadi, mengapa kita tidak mengikut jejak langkah mereka?

6 TipsMenetapkan Matlamat ini mungkin boleh membantu anda.


3) BERCUTI DAN SUSUN SEMULA STRATEGI ANDA


Anda sudah melakukan sebaik mungkin untuk mengembangkan perniagaan atau pekerjaan anda, namun hasilnya tidak berapa memberangsangakan. Tak kurang juga ada yang menemui jalan buntu.

Ambil masa anda dan pergilah bercuti. Rehatkan minda anda seketika dan susun semula strategi dengan persekitaran yang lebih santai. Semoga anda akan kembali dengan semangat yang baru dan strategi yang lebih bernas dan berkesan.


KITA YANG KAWAL SEMANGAT KITA

Kita tidak dapat mengawal external problems tapi sekurangnya kita dapat mengeksploitasi internal problems iaitu semangat kita. Oleh itu, jangan biarkan semangat anda terus menurun dan merudum. Diharap perkongsian saya dapat membantu anda untuk recharge semangat anda supaya tidak terus luntur.

Namun, setiap orang ada cara dan pendekatan mereka tersendiri. Bagaimana pula anda recharge semangat anda?



8 comments:

  1. Ada sesetengah masalah, elok dipendamkan sahaja. Kadang-kadang, ada kawan yang bukan nak naikkan semangat, bagi jatuhkan lagi ada lah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena pandai pilih kawan untuk kita luahkan masalah. Hehe

      Delete
  2. setuju.. kalau bergaul dengan orang yang positif, insyaallah perasaan down tu jadi neutral..lama lama akan jadi positif kembali (macam belajar kimia lak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam dipole-dipole interaction pulak. Hehe

      Delete
  3. recharge semula yeah yeah yeah! perasaan up down tu dah jadi kebiasaan, tapi yang selalunya down, haha.. bab pilih kawan bergaul tu penting. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benda negatif ni senang nak berjangkit. Sebab tu kita selalunya down. Hehe

      Delete
  4. Terima kasih bro kongsikan..selalu la rasa menda ni..tapi bila bab nak pulihkan balik tu..rasa semacam jer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga bermanfaat. Hehe

      Delete