Monday 14 April 2014


Pernahkan sesekali dalam perjalanan perniagaan, anda berasa putus asa, tertekan dan bagaikan hilang arah? Ada juga ketikanya anda mempunyai kekeliruan, ketidakpastian dan persoalan yang memerlukan jawapan. Anda sebenarnya memerlukan mentor bagi membimbing anda untuk keluar dari situasi demikian. 

Jika anda diberi peluang untuk duduk semeja bersama jutawan-jutawan yang anda kagumi dalam bidang anda, apa yang akan anda tanyakan pada mereka?

Anda mungkin saja akan bertanya tentang rahsia kejayaan mereka. Ataupun, bagaimana mereka bermula dan seterusnya membina empayar perniagaan yang disegani.

Tapi, pernahkan anda mendapat peluang tersebut dan bagaimana pula anda ingin memanfaatkannya?

SIAPA MENTOR ANDA?

Sering kita dengar, untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, kita harus ada seorang mentor yang boleh membimbing kita. Tentu saja mentor tersebut orang yang sudah berjaya dan mereka sanggup untuk membantu kita.


Alhamdulillah. Hari ini saya diberi kesempatan untuk ke majlis pengenalan Tatih Jutawan 2014 yang dianjurkan oleh RK Success Synergy. Terima kasih kepada Puan Khadijah dan Puan Rashidah kerana mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ini.

Secara ringkasnya saya boleh katakan bahawa program ini diadakan bagi mengumpulkan mentor-mentor dalam pelbagai industri untuk membantu para usahawan. Mentor-mentor tersebut akan membimbing, memberi nasihat, dan tunjuk ajar yang betul kepada para usahawan supaya dapat mengecapi kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Mentor-mentor yang dijemput bukanlah orang yang biasa-biasa. Masing-masing telah membina empayar mereka sendiri dan cukup disegani. Proven success. Jika anda tidak kenal mereka, anda pasti akan kenal produk mereka. Jika definisi anda untuk sebuah kejayaan itu adalah mesti menjadi jutawan, ya, mereka semua sudah pun bergelar jutawan dalam bidang masing-masing.

BAGAIMANA TATIH JUTAWAN INI BERJALAN?


Para usahawan(mentee) yang terpilih dan bertuah akan diletakkan di bawah mentor yang berpengalaman dan sudah semestinya luar biasa hebat. Seterusnya, mentee ini akan di mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari mentor mereka dari semasa ke semasa.

Seminggu sekali akan diadakan perjumpaan untuk berbincang tentang strategi-strategi pemasaran yang dirasakan perlu mengikut kepada status perniagaan kita. Disebabkan program ini dibuat dalam jumlah yang kecil, maka kita akan dapat berdiskusi dan berbincang idea dengan lebih mendalam. Satu perkara yang sangat menarik. Di sinilah kita dapat mengorek rahsia jutawan-jutawan ini dengan lebih banyak lagi.

Penasihat untuk Tatih Jutawan 2014 ini adalah Tuan Shamshul Bahril dan Puan Nora Osman. Manakala, mentor-mentor yang dijemput bagi batch pertama program ini adalah :

1.  Datin Siti Mariam

2. Puan Faridatul Azna

3. Puan Maza Asma

4. Tuan Zaidi Hassan

5. Chef Alwi

6. Tuan Shahrizal Saidin

Terdapat juga beberapa orang speaker berpengalaman yang turut membantu termasuk Puan Rashidah dan Puan Khadijah sendiri, yang mana mereka pakar dalam bidang perakaunan. Tuan Muhammad Sopian juga akan membantu dalam aspek penjenamaan dan imej produk.

Jika berkesempatan, saya akan kongsikan profile insan-insan hebat ini di entri yang lain kerana saya rasakan anda perlu untuk mengenali mereka dan perniagaan yang mereka ceburi supaya kita dapat mengambil manfaat daripada kejayaan mereka.

BUSINESS NETWORKING

Satu tips yang dapat saya kutip dari pengalaman bersama jutawan-jutawan sebelum ini adalah networking yang besar sangat membantu untuk menghasilkan empayar perniagaan yang besar.


Selain dapat mengenali individu-individu hebat dalam bidang perniagaan, saya juga dapat bertemu dengan rakan-rakan yang mempunyai perniagaan dan produk yang berbeza-beza. Kami dapat saling bertukar pendapat dan pandangan.

Hari ini saya mengambil satu lagi langkah kecil dalam bidang perniagaan. Saya sangat berharap program ini dapat membantu menunjukkan Road Map yang betul ke arah kejayaan. Akhir kata, saya ingin memetik kata-kata dari penasihat program Tatih Jutawan 2014, Tuan Shamshul Bahril.

“When u’ve achieved a few millions, that million dolars doesn’t motivate u anymore.”

Beliau menambah.

“Kepuasan kamu bukan lagi duit, tapi, kepuasan kamu ialah apabila dapat membantu orang lain untuk berjaya.”


20 comments:

  1. Thanks bro for the review. Way to go..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah tuan. Saya rancang nak buat artikel untuk mentor2 dan speaker2 tatih jutawan. Itupun kalau diizinkan. Hehe

      Delete
  2. jiwa bisness..otak bisness...baru boleh berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Lagi satu kena selalu lepak dengan orang-orang berjaya.

      Delete
  3. http://myrujukan.com/

    betul kata anda, kita memang memerlukan mentor untuk berjaya, dari situ kita tahu akan rahsia untuk menjadi berjaya seperti mereka juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka sudah melalui kegagalan demi kegagalan sebelum berjaya. Mungkin mereka boleh nasihatkan kita untuk tidak buat kesilapan yang sama.

      Delete
  4. Salam..apa jua bidang mentor mesti ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Betul tu tuan. Apa jua yagn kita buat perlu ada yang membimbing supaya tidak tersasar.

      Delete
  5. Mentor. Ini yg dalam perjalanan pencarian =)

    terima kasih berkongsi yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga dapat berjumpa dengan mentor yang boleh membimbing.

      Delete
  6. Yup mentor pemberi semangat dan guidance. Kena pilih mentor yang betul, kalau tak susah jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau kita rasa tiada semangat boleh jumpa dengan mentor supaya dia recharge balik semangat kita.

      Delete
  7. memang penting ada mentor untuk membimbing ke arah kejayaan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentor memang penting. Itu juga antara rahsia orang-orang yang berjaya. Mereka pun ada mentor mereka sendiri. Hehe

      Delete
  8. Mentor antara org yg terpenting untuk kita berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mereka yang dapat membimbing kita suapya tidak tersasar jauh.

      Delete
  9. Yup setuju sangat..
    Bila ada mentor lg semangat kita nak ikut jejak seperti mentor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya mentor ni orang yang berjaya. Mereka sudah ada result. Kita hanya perlu ikut saranan mereka. InsyaAllah kita boleh berjaya seperti mereka.

      Delete
  10. InshaAllah saya akan letakkan mentor dalam hidup saya :)

    Ikhlas,
    www.profhariz.com

    ReplyDelete