Pernahkan sesekali dalam perjalanan perniagaan, anda berasa putus asa, tertekan dan bagaikan hilang arah? Ada juga ketikanya anda mempunyai kekeliruan, ketidakpastian dan persoalan yang memerlukan jawapan. Anda sebenarnya memerlukan mentor bagi membimbing anda untuk keluar dari situasi demikian.
Jika anda diberi peluang untuk duduk semeja bersama
jutawan-jutawan yang anda kagumi dalam bidang anda, apa yang akan anda tanyakan
pada mereka?
Anda mungkin saja akan bertanya tentang rahsia kejayaan
mereka. Ataupun, bagaimana mereka bermula dan seterusnya membina empayar
perniagaan yang disegani.
Tapi, pernahkan anda mendapat peluang tersebut dan bagaimana pula anda ingin memanfaatkannya?
SIAPA MENTOR ANDA?
Sering kita dengar, untuk berjaya dalam apa jua bidang yang
diceburi, kita harus ada seorang mentor yang boleh membimbing kita. Tentu saja
mentor tersebut orang yang sudah berjaya dan mereka sanggup untuk membantu
kita.
Alhamdulillah. Hari ini saya diberi kesempatan untuk ke majlis
pengenalan Tatih Jutawan 2014 yang dianjurkan oleh RK Success Synergy. Terima
kasih kepada Puan Khadijah dan Puan Rashidah kerana mengambil inisiatif untuk
menganjurkan program ini.
Secara ringkasnya
saya boleh katakan bahawa program ini diadakan bagi mengumpulkan mentor-mentor
dalam pelbagai industri untuk membantu para usahawan. Mentor-mentor tersebut
akan membimbing, memberi nasihat, dan tunjuk ajar yang betul kepada para
usahawan supaya dapat mengecapi kejayaan dalam bidang yang diceburi.
Mentor-mentor yang dijemput bukanlah orang yang biasa-biasa.
Masing-masing telah membina empayar mereka sendiri dan cukup disegani. Proven success. Jika
anda tidak kenal mereka, anda pasti akan kenal produk mereka. Jika definisi
anda untuk sebuah kejayaan itu adalah mesti menjadi jutawan, ya, mereka semua
sudah pun bergelar jutawan dalam bidang masing-masing.
BAGAIMANA TATIH JUTAWAN INI BERJALAN?
Para usahawan(mentee) yang terpilih dan bertuah akan
diletakkan di bawah mentor yang berpengalaman dan sudah semestinya luar biasa
hebat. Seterusnya, mentee ini akan di mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari
mentor mereka dari semasa ke semasa.
Seminggu sekali akan diadakan perjumpaan untuk berbincang tentang
strategi-strategi pemasaran yang dirasakan perlu mengikut kepada status
perniagaan kita. Disebabkan program ini dibuat dalam jumlah yang kecil, maka
kita akan dapat berdiskusi dan berbincang idea dengan lebih mendalam. Satu
perkara yang sangat menarik. Di sinilah kita dapat mengorek rahsia
jutawan-jutawan ini dengan lebih banyak lagi.
Penasihat untuk Tatih Jutawan 2014 ini adalah Tuan Shamshul Bahril dan Puan Nora Osman. Manakala, mentor-mentor yang dijemput bagi batch pertama
program ini adalah :
1. Datin Siti Mariam
2. Puan Faridatul Azna
3. Puan Maza Asma
4. Tuan Zaidi Hassan
5. Chef Alwi
6. Tuan Shahrizal Saidin
Terdapat juga beberapa orang speaker berpengalaman yang
turut membantu termasuk Puan Rashidah dan Puan Khadijah sendiri, yang mana
mereka pakar dalam bidang perakaunan. Tuan Muhammad Sopian juga akan membantu
dalam aspek penjenamaan dan imej produk.
Jika berkesempatan, saya akan kongsikan profile insan-insan hebat ini di entri yang lain kerana saya
rasakan anda perlu untuk mengenali mereka dan perniagaan yang mereka ceburi
supaya kita dapat mengambil manfaat daripada kejayaan mereka.
BUSINESS NETWORKING
Satu tips yang dapat saya kutip dari pengalaman bersama
jutawan-jutawan sebelum ini adalah networking
yang besar sangat membantu untuk menghasilkan empayar perniagaan yang besar.
Selain dapat mengenali individu-individu hebat dalam bidang
perniagaan, saya juga dapat bertemu dengan rakan-rakan yang mempunyai
perniagaan dan produk yang berbeza-beza. Kami dapat saling bertukar pendapat
dan pandangan.
Hari ini saya mengambil satu lagi langkah kecil dalam bidang
perniagaan. Saya sangat berharap program ini dapat membantu menunjukkan Road Map yang betul ke arah kejayaan. Akhir
kata, saya ingin memetik kata-kata dari penasihat program Tatih Jutawan 2014, Tuan
Shamshul Bahril.
“When u’ve achieved a few millions, that million dolars doesn’t
motivate u anymore.”
Beliau menambah.
“Kepuasan kamu bukan lagi duit, tapi, kepuasan kamu ialah
apabila dapat membantu orang lain untuk berjaya.”
Thanks bro for the review. Way to go..
ReplyDeleteInsyaAllah tuan. Saya rancang nak buat artikel untuk mentor2 dan speaker2 tatih jutawan. Itupun kalau diizinkan. Hehe
Deletejiwa bisness..otak bisness...baru boleh berjaya..
ReplyDeleteBetul2. Lagi satu kena selalu lepak dengan orang-orang berjaya.
Deletehttp://myrujukan.com/
ReplyDeletebetul kata anda, kita memang memerlukan mentor untuk berjaya, dari situ kita tahu akan rahsia untuk menjadi berjaya seperti mereka juga
Mereka sudah melalui kegagalan demi kegagalan sebelum berjaya. Mungkin mereka boleh nasihatkan kita untuk tidak buat kesilapan yang sama.
DeleteSalam..apa jua bidang mentor mesti ada..
ReplyDeleteSalam. Betul tu tuan. Apa jua yagn kita buat perlu ada yang membimbing supaya tidak tersasar.
DeleteMentor. Ini yg dalam perjalanan pencarian =)
ReplyDeleteterima kasih berkongsi yer
Sama-sama. Semoga dapat berjumpa dengan mentor yang boleh membimbing.
DeleteYup mentor pemberi semangat dan guidance. Kena pilih mentor yang betul, kalau tak susah jugak..
ReplyDeleteBetul. Kalau kita rasa tiada semangat boleh jumpa dengan mentor supaya dia recharge balik semangat kita.
Deletememang penting ada mentor untuk membimbing ke arah kejayaan :)
ReplyDeleteMentor memang penting. Itu juga antara rahsia orang-orang yang berjaya. Mereka pun ada mentor mereka sendiri. Hehe
DeleteMentor antara org yg terpenting untuk kita berjaya...
ReplyDeleteBetul. Mereka yang dapat membimbing kita suapya tidak tersasar jauh.
DeleteYup setuju sangat..
ReplyDeleteBila ada mentor lg semangat kita nak ikut jejak seperti mentor :)
Selalunya mentor ni orang yang berjaya. Mereka sudah ada result. Kita hanya perlu ikut saranan mereka. InsyaAllah kita boleh berjaya seperti mereka.
DeleteInshaAllah saya akan letakkan mentor dalam hidup saya :)
ReplyDeleteIkhlas,
www.profhariz.com
InsyaAllah bro.
Delete