Wednesday 2 April 2014



Sehari dua ini bila saya membrek kereta pasti akan keluar bunyi besi bergesel. Itu tandanya brake pad kereta saya sudah habis. Sudah tiba waktunya kereta saya melepak di bengkel untuk ditukar brake pad baru.

Mengingatkan pesan seorang kawan. “Kalau brek kereta rosak jangan tunggu lama-lama. Terus tukar, kerana ianya melibatkan keselamatan kita dan penumpang lain.”

Tapi, saya ada satu sikap yang negatif. Selalu menangguhkan kerja. Natijahnya, bukan saja saya kena tukar brake pad, tapi terpaksa pula tukar brake disc sekali kerana brake disc kereta sudah kasar kerana saya lambat tukar brake pad.

Agaknya inilah yang dikatakan sindrom kebocoron wang. Sepatutnya saya dapat jimat sedikit duit, namun terpaksa keluar juga untuk beli brake disc baru dek kerana suka menangguh pekerjaan. Namun,saya harus akur. Itu adalah rezeki si tukang baiki kereta saya.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang menukar brek depan, apa salahnya jika betulkan sekali brek tangan. Siap dengan tukar minyak hitam. Keluar lagi duit.

Pengajarannya di sini, jangan jadi seperti saya. Jangan suka menangguhkan sesuatu terutamanya jika ia benda yang penting. Saya sudah banyak kali terkena, namun tak serik-serik juga. Mungkin lepas ini saya perlu senaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan mengikut prioriti. Yang mana perlu dibuat dahulu, harus segera dilaksanakan segera mengikut keadaan.

Hari ini saya belajar sesuatu. Kita perlu ada ‘to-do-list’ supaya mudah untuk kita merancang apa yang perlu dilakukan dan tidak terlepas pandang perkara-perkara yang penting

15 comments:

  1. Brake pad mmg penting.. merbahaya klu tak ditukar.. takpelah kena tukar lebih sikit asalkan tak merbahayakan keselamatan & nyawa kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Yang penting keselamatan. Kalau ada apa-apa berlaku, panjang pula ceritanya nanti. Hehe

      Delete
  2. Seriously, kalau bab kewangan ni... memang kena allocate 'emergency fun' untuk kereta. Kereta ni macam darah... kalau ada masalah darah... tersekat ke apa ke... boleh bawa maut, tak pun critical illness... paling koman, demam panas... kalau saving emergency untuk kereta tak ada... tu yang kadang-kadang keluar perkataan 'nanti dulu lah'... dan perkataan tu cukup bahaya bila berkait dengan kereta... nak pulak tak ada takaful medical card ker life ker... lagi sengsara kut... Try your best... plan elok-elok sementara masih muda ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga kan. Kena anda saving juga untuk kereta. Kalau sakit pening kereta tu bolahlah cepat-cepat bawak 'berubat'. Hehe

      Delete
  3. salam. ya..betul tu, tak baik menangguhkan sesuatu yang penting apatah lagi apabila melibatkan soal keselamatan ..

    ReplyDelete
  4. kereta barang keperluan kita, perlukan penjagaan dan kasih sayang kan... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta pun ada 'hati' dan 'perasaan' juga. Haha

      Delete
  5. kereta kalau dijaga dengan cermat akan mengurangkan kos penyelenggaraan


    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Kena rajin-rajin lepak dengan kawan yang pandai sikit tentang kereta ni. Senang kalau ada apa-apa.

      Delete
  6. Assalamualaikum, saudara Afandi. Saya membuat tawaran baru untuk pembelian buku saya Tetamu Istimewa. Jangan lepaskan peluang ini untuk memilikinya. Jom, jenguk ke blog saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf sebab lambat respon. Nanti saya jenguk ke blog saudara.

      Delete
  7. Assalamualaikum, saudara Afandi. Saya membuat tawaran baru untuk pembelian buku saya Tetamu Istimewa. Jangan lepaskan peluang ini untuk memilikinya. Jom, jenguk ke blog saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Owhhh, sakitnya berjangkit ye?
    DDari rosak brake pad jangkit ke brake Disc..
    Bahaya jugak ni..
    Kebocoran sukar dikawal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sindrom kebocoran wang bak kata Dr. Azizan Osman. Kena tampal cepat-cepat. Hehe

      Delete