Tuesday 1 April 2014




SEMANGAT YANG HILANG

Saya terfikir kenapa sering saja semangat jadi luntur. Mungkin kerana saya seorang yang mudah bosan apabila melakukan sesuatu perkara yang sama secara berterusan. Ada juga waktu-waktunya saya merasakan untuk berhenti saja dari bidang perniagaan.

Tapi saya juga harus realistik. Masakan saya boleh terus saja berhenti secara tiba-tiba. Oleh itu, saya akan mencuba perkara baru untuk melupakan sebentar semangat yang hilang tadi.

Bila semangat dalam perniagaan tadi muncul kembali, baru saya fokus kembali pada perniagaan asal. Bagi sesiapa yang cukup kenal saya akan faham tentang perkara ini. Saya kadang-kala akan ‘melencong’ sebentar dari perusahaan utama.

TARGET KECIL JUGA KEJAYAAN

Baru-baru ini saya buka kembali buku nota sewaktu saya masih aktif dalam network marketing. Saya belek-belek buku tersebut sepintas lalu saja. Kemudian perhatian saya tertarik pada satu catatan yang saya pun tak pasti bila catatan tersebut diambil. Namun yang pasti saya melihat catatan tersebut ditulis secara tergesa-gesa. Mungkin waktu itu saya berada dalam ceramah atau seminar.

“Hadiahkan sesuatu untuk diri kita di setiap peringkat kejayaan. Target yang besar itu matlamat kita, target-target yang kecil itu jalan kita, dan ingat. Target kecil juga kejayaan!”

Sejenak saya terfikir, mungkin ini yang patut saya lakukan. Selama ini, saya terlalu memandang pada matlamat yang besar hingga melupakan target-target yang kecil itu. Bila dirasakan terlalu lama dan susah untuk mendapatkannya, semangat saya akan menurun dan serta-merta perasaan malas mula mengambil peranan.

MATLAMAT KECIL JUGA PENTING

Mungkin inilah masanya untuk saya fokus pada matlamat-matlamat yang kecil dahulu dan bila saya sudah dapat capai matlamat-matlamat tersebut, saya akan beri hadiah kepada diri sendiri sebagai motivasi yang berterusan sehinggalah matlamat yang utama tercapai.

Jika dahulu, saya hanya menuliskan matlamat besar dan kecil. Kali ini, saya harus meletakkan sekali ganjaran di setiap matlamat-matlamat itu sama ada besar ataupun kecil, supaya saya jelas bahawa bila saya sudah mencapai matlamat-matlamat tersebut, ada sesuatu yang menanti.

Contohnya, jika produk saya mencapai jualan RM1000 yang pertama, saya akan hadiahkan diri saya makan malam di restoran Arab di Cyberjaya. Piza di sana memang sedap tapi tak boleh makan selalu. Kalori tinggi.

Mungkin saya juga boleh bercuti di Sepang Gold Coast Resort selama dua hari satu malam jika jualan saya mencecah RM3000 pula. Saya pun dah lama tidak ke sana.


Ataupun apa sahaja ganjaran yang dirasakan patut. Semoga dengan cara ini saya dapat menaikkan semula motivasi sedikit demi sedikit dan melawan rasa malas.

13 comments:

  1. bagus cara tuan ni, slow2 le kayuh nak berjaya.

    ReplyDelete
  2. Setiap apa yang kita lakukan ada turun dan naiknya kan. samada bekerja atau berniaga pasti ada dugaan. Bosan, kekewa dan mungkin juga give up. kalau itu berlaku kena cepat-cepat bertindak supaya kita tak tewas..hadiah untuk diri sendiri tu juga adalah motivasi..kita pun selalu hadiahkan myself sesuatu yang berharga bila kita dapat achieve apa yang kita nak..It motivates me..Good luck nway!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat. Semoga kita akan terus sukses!

      Delete
  3. biasanya bila kita melakukan sesuatu secara berterusan, pasti ada ketikanya kita akan berasa bosan, kecewa dan ke tahap ingin menyerah. Tapi bila ada sesuatu untuk memotivasikan diri kita, secara tak langsung akan membangkitkan semangat kita kembali.

    Semoga terus berjaya dan jangan give up :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Semoga kita akan sama-sama berjaya.

      Delete
  4. Matlamat tu satu perkara yang memang penting apabila kita buat sesuatu... Long term target, short term target and a pat on your back for successfully completing certain level or task... semua tu kena ada. But, honestly... and seriously... what you DO is the most crucial part in order to keep you motivated... Make sure you KNOW what you have to do, and feel comfortable of doing it... then you will never feel tired or bored. Mungkin you have heard and used to hear that "ACTIONS" is what matters the most :D. Good luck my man...

    ReplyDelete
  5. lisa selalu ada matlamat yang besar tapi selalu lemah semangat, haha aduh aduh, hangat hangat taik ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita. Haha. Kena selalu recharge semangat kita. Salah satunya kenalah jumpa orang-orang yang berjaya.

      Delete
  6. Kata orang - reward buat diri sendiri..
    Best kalau dapat hadiahkan diri sendiri especially p bercuti.. - Best treatment for me too ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercuti ni dapat refresh otak ni. Mudah-mudahan dapat idea baru kat sana. Hehe.

      Delete
  7. How to make money from poker - Work-to-Earn
    How to 바카라 Make หารายได้เสริม Money 인카지노 From Poker - Work-to-Earn

    ReplyDelete