BIOGRAFI RINGKAS

Sebenarnya tiada yang istimewa tentang biografi saya. Hanya seseorang yang sangat normal dan tiada lebihnya dari yang lain. Berharap akan menemui sesuatu yang bermakna dalam hidup.

Sebentar. Kebiasaannya kita akan kelihatan megah dan mengangkat diri sendiri bila bercerita tentang biografi. Saya setuju. Sepatutnya inilah masa untuk saya bercakap gah tentang diri saya supaya anda merasakan ianya berbaloi untuk masa anda. 

Tapi sebelum saya teruskan, bagi anda yang pertama kali ke blog ini, anda boleh ke New Here? untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang blog ini. 

Afandi Othman adalah seorang yang 'terpaksa' menyukai dan melibatkan diri dalam dunia bisnes. Beliau memilih serunding sebagai 'subjek' untuk beliau ketengahkan dalam perjalanan bisnesnya. Kini, melalui satu usahasama bersama syarikat lain, produk beliau iaitu Serunding Ikan Bilis NIKMAT telah diberi nafas baru dan dijenamakan di bawah satu label, Trassa. Pada peringkat awal, Trassa akan fokus kepada dua produk iaitu Serunding Ikan Bilis NIKMAT dan Serunding Ikan Terubuk Masin. Pada waktu yang sama, atas minat beliau terhadap seni dan lukisan, beliau telah menceburkan diri dalam bidang seni di bawah jenama Molycrue Art.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang (1997-2001)
Sekolah Rendah Agama Bukit Changgang (1997-2001)
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (2002-2003)
Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil (2003-2004)
Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba (2005-2006)
Asasi Sains Pertanian, UPM (2007-2008)
Bachelor Sains Pertanian,UPM (2008-2010)

Afandi Othman tidak menghabiskan pengajian Bachelor Sains Pertanian di UPM kerana tuntutan bisnes yang memaksanya untuk menangguhkan pengajian dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak menyambung kembali pengajiannya.

TAMBAHAN

Pernah dilantik menjadi speaker Score A Program untuk memberi penerangan program di khalayak yang puratanya dalam 200 ke 300 orang. Banyak belajar tentang falsafah dalam bidang perniagaan melalui program tersebut sebelum sepenuhnya menjalankan perusahaan cendawan.

Tidak pernah mendapat pembelajaran formal dalam aspek perniagaan sebaliknya, hanya melalui pengalaman dan seminar-seminar samada percuma mahupun berbayar. Antaranya, seminar Advance Marketing Power oleh Dr. Azizan Osman, Klinik Buku Kira-kira Saya oleh TMSB Training & Consultancy, Bengkel Empowering Your Business Using ICT, dan lain-lain lagi.

2 comments: